Thursday, July 30, 2009

Doa dipanjat, ukhuwah terjalin


Sama-sama la kita berdoa untuk ibu Kak Ida, Ketua Perhubungan Awam Nisa', yang akan menjalani pemeriksaan di IJN, dan seterusnya berkemungkinan dibedah jika doktor merasakan perlu. Berikut ialah SMS yang 3N terima daripadaa Kak Ida.

Salam,

Harap semua doakan ibu dan keluarga ana selamat pergi dan balik. Lusa akan bertolak ke IJN. Kalau jantung ok, maybe tak perlu bedah. Keputusan samada kena operate atau tidak diketahui pada hari Ahad atau Isnin ni. Harap sangat tak perlu bedah. Syukron.



[Paparan penuh di sini]

Sunday, July 26, 2009

Kisah Pertandingan Memasak

Ha... ni kisah Pertandingan Memasak anjuran Sabasun dan Adabi hari tu. Maaf admin lambat update, sebab duk dalam kamera orang... huhu...

Nisa' telah menghantar 3 pasukan iaitu Nisa' Kuala Terengganu, Nisa' Marang dan Nisa' Kuala Nerus. Antara organisasi yang turut menyertai pertandingan ini ialah Persatuan Kebajikan Isteri Polis, KEMAS dan sebagainya. Masakan yang wajib disediakan ialah Nasi Goreng menggunakan rempah ADABI dan lauk-pauk.

Pertandingan ini dijuarai oleh PERKEP, diikuti dengan KEMAS dan Nisa' Marang mendapat tempat ketiga.

Terima kasih pada bonda-bonda DMPNT yang turun memberi sokongan iaitu Cg. Safinah (jadi baby sitter pada Nisa' yang bertanding) dan Cik Na Zaroni yang menjadi sebahagian Crew 3N (hehe).

















[Paparan penuh di sini]

Saturday, July 25, 2009

Roadshow Nisa' Dun Batu Buruk..Ceria dan Menghiburkan..


Program bermula jam 3ptg dan berakhir jam 5.30 petang.. Alhamdulillah atas sambutan dari adik-adik nisa' dan syukran jazilan kepada wakil2 Muslimat yang memeriahkan suasana..Program dimulakan dengan tazkirah ringkas oleh Ketua Muslimat Kawasan Kuala Terengganu Pn Shamsiah Abu Bakar. Kak Da dari Unit Kerjaya Nisa' Terengganu memberi pengisian tentang Nisa'..Lepas tu..kitaorang main games yg menghiburkan..


Kitaorang main games silangkata bertemakan tentang Nisa' dan soal jawab agama...


Kumpulan Berkuda dengan lagu tema "Gemuruh".. ish..semuanya gemuruh...
Sesi taklimat yang disampaikan oleh ketua UKJ


Kumpulan berenang dengan lagu tema "Pesan kakak".Sportingnyer..kak sham..

Kumpulan memanah dengan lagu tema "Kau Boleh!!"


Aksi yang ditunjukkan oleh kumpulan berenang ...


Kumpulan memanah dengan aksi memanah..ok..serious2


Barisan AJK Nisa'



Hidup Nisa'!!!


Bonda bersungguh2 memberikan tazkirah kepada adik-adik...
Semoga program ini merapatkan ukhwah kita dan kepada adik-adik nisa' dun batu buruk..teruskan perjuangan anda..jumpa lagi di program akan datang..jgn lupa kakak-kakak nisa' yer...



[Paparan penuh di sini]

Tuesday, July 21, 2009

Kursus Kewartawanan Islam

Pengumuman:

Program: KURSUS KEWARTAWANAN ISLAM 2009
Tarikh: 24-25 Julai 2009 (Jumaat-Sabtu)
Tempat: Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring
Anjuran: YAKEP & HARAKAH
Yuran Penyertaan: RM 30.00

"Media Pemangkin Kebangkitan"


Tentatif:
24 Julai 2009 (Jumaat)

08.30 - 09.30 pagi: Pendaftaran peserta
09.30 - 10.00 pagi: Taklimat program
10.00 - 12.00 tengahari: Kertas I : Asas Penulisan Berita oleh Encik Azmi bin Yusuf (Wartawan SIASAH Terengganu)
12.00 - 02.30 petang: Rehat & Makan Tengahari, Solat Jumaat
02.30 - 04.00 petang: Majlis Perasmian oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah (Pengerusi YAKEP)
04.30 - 05.00 petang: Rehat & Solat Asar
05.00 - 06.30 petang: Kertas II : Media Baru (Laman Web/Bloggers) oleh Encik Sazali Mohd Nor (Wartawan Buletin Online)
06.30 - 08.00 malam: Rehat & Solat Maghrib, Makan Malam
08.00 - 09.45 malam: Kertas III - Teknik Penulisan Berita oleh Encik Haradian Shah (Wartawan KOSMO!)
09.45 malam: TAMAT

25 Julai 2009 (Sabtu)
08.00 - 09.30 Pagi: Kertas IV - Pembelajaran Kamera Digital oleh Encik Mahathir Md Daud (Wartawan TV7)
09.30 - 10.00 pagi: Rehat & Minum
10.00 - 12.00 tengahari: Kertas V - Penerbitan Berita TV oleh Encik Suhaimi bin Taib (Wartawan TV PAS / Harakah)
12.00 - 01.00 tengahari: Kertas VI - Teknik Fotografi oleh Encik Mohd Fauzi Baharuddin (Jurugambar KOSMO! / Utusan Malaysia)
01.00 - 0200 petang: Rehat & Makan Tengahari, Solat Zuhur
02.00 - 03.30 petang: Majlis Penyampaian Sijil Kursus & Penutup oleh Dato' Abu Bakar Chik (Timb. Pesuruhjaya PAS Terengganu)


Crew 3N Kawasan-kawasan dikehendaki menghantar peserta.
[Paparan penuh di sini]

Monday, July 20, 2009

Sembang Nisa' DUN Ladang yang penuh pengisian


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Nisa’. Alhamdulillah, seperti yang telah dirancangkan sebelum ini, pada pagi 20 Julai baru-baru ini, program Sembang Family Nisa’ DUN Ladang telah dimeriahkan dengan kehadiran adik-adik dan sahabat-sahabat Nisa’ daripada hampir kesemua cawangan. Jelas kelihatan, keceriaan di wajah adik-adik dan sahabat-sahabat Nisa’ ini telah menambahkan lagi komitmen AJK majlis untuk menyempurnakan majlis yang dirancang.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai, dengan diketuai oleh Mak Wan, AJK Muslimat DUN Ladang. Disusuli pula dengan acara pengisian rohani, oleh Ustaz Kamaruzaman Abdullah, dengan tajuk “Mengertilah Jiwa Remaja Kami”. Supaya manfaatnya dapat dikongsi bersama, di sini disertakan ringkasan tazkirah tersebut.

Ustaz memulakan buah bicaranya dengan mengingatkan kepada para hadirin, bahawa sebenarnya Allah S.W.T tidak mengutamakan samada kaum Adam atau Hawa terlebih dahulu, dalam persoalan haq untuk memasuki syurga. Dalam erti kata lain, haq yang sama rata diberikan dalam hal ini. Malahan, orang yang pertama mati syahid di dalam sejarah, ialah daripada golongan Hawa, iaitu Sumayyah. Ujar ustaz lagi, hanya terdapat 2 syarat yang perlu dipatuhi oleh seseorang Muslimah, untuk memasuki syurgaNya, iaitu

1) melaksanakan kefardhuan (menurut hemat penulis, dikatakan kefarduan ialah kedua-duanya iaitu amar ma’aruf dan nahi mungkar)
2) taat pada suami (bagi yang telah berkahwin)

Manakala 2 punca, kenapa kaum Hawa terjerumus ke dalam neraka ialah:

1) kerana tidak menjaga mulut (bercakap perkara yang haram seperti mengumpat, mengeji dan sebagainya)
2) kerana tidak menjaga maruah (contohnya berpakaian tidak mengikut syariat)

Sebagai usaha yang berdikit-dikit ke arah itu, ustaz menegaskan, kita perlulah memulakannya dengan menjaga solat dengan sebaik-baiknya, sepertimana Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Ankabut, ayat 45, seperti berikut:

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

Untuk merealisasikannya, ustaz mencadangkan agar Nisa’ turut melakukan usaha-usaha untuk menerapkan ilmu berkenaan Fiqhus-Solat (Fiqh Solat) ke dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankannya, agar ibadat solat yang dilakukan kita dapat diperbetulkan dan diperbaiki. Antara lain, termasuklah membetulkan bacaan Quran, kerana seperti yang kita ketahui, surah al-Fatihah yang menjadi rukun di dalam solat, perlu dibaca dengan tajwid yang betul.

Tidak terkecuali, kita juga perlulah melengkapkan diri dengan cabang-cabang ilmu yang lain seperti mu’amalat, munakahat, jinayah dan sejarah. Bercakap mengenai sejarah, ustaz meminta para hadirin agar mencontohi serikandi-serikandi di zaman Rasulullah S.A.W.

1) Bagi adik-adik dan remaja, mereka perlulah mencontohi Asma’ bin Abu Bakr, di atas kecekalan dan kegigihannyanya. Misalnya dalam sejarah, Asma’ diceritakan sanggup berulang-alik meredah bukit setiap hari, untuk menghantar makanan kepada Nabi S.A.W. yang bersembunyi di dalam sebuah gua pada waktu itu. Jagalah kesihatan dan kecergasan diri, sebagaimana Asma' yang mampu turun-naik bukit seorang diri demi Rasul dan ayahnya.
2) Bagi yang telah berkahwin pula, mereka diminta mencontohi isteri kepada Abu Hanzalah, yang rela dengan pemergian suaminya ke medan perang pada malam pertama mereka, kerana menyahut seruan Nabi S.A.W.
3) Bagi yang telah mempunyai anak pula, mereka diminta mencontohi Khansa' yang tegas terhadap anaknya, dengan menghantar kesemua mereka, satu demi satu ke medan perang bersama Nabi S.A.W. Akhirnya kesemua anak-anaknya telah syahid di medan perang, dan Khansa’ menangis kerana tiada lagi anaknya yang dapat beliau sumbangkan untuk perjuangan agama Allah S.W.T.

Sebagai penutup, ustaz mengajak adik-adik dan sahabat-sahabat Nisa’ untuk memperbaiki diri, berusaha menjadi seperti AIR MUTLAK (suci dan menyucikan), dan bukannya sekadar seperti AIR MUSTA’MAL (suci tapi tidak menyucikan). Perbandingan ustaz ini bermaksud, jadilah Muslimah yang solehah, yang mana bila manusia lain melihatmu, akan terkesanlah di hati mereka untuk turut menjadi solehah seperti dirimu juga.

Untuk itu, ustaz mengingatkan adik-adik dan sahabat-sahabat Nisa’ agar bijak mencari kawan untuk berdamping, kerana “seseorang muslim itu adalah cermin kepada muslim yang lain”. Bermaksud kawan yang baik akan memperbetulkan kesilapan yang ada pada kita, dan tidak hanya membiarkan atau mengiyakan sahaja. Wallahu ‘Alam.

Selepas sesi tazkirah ini, majlis diteruskan pula dengan “cabutan bertuah”, di mana pemegang-pemegang nombor bertuah yang dipanggil perlu menjawab 1 soalan berkaitan dengan tazkirah untuk mendapatkan hadiah. Pelbagai gelagat daripada peserta dapat dilihat. Selepas sesi penerangan menggunakan video oleh Ketua 3N, iaitu Kak Baity majlis diakhiri dengan sedikit jamuan yang menyelerakan.

Untuk akan datang, adik-adik Nisa' DUN Ladang sudah tidak sabar-sabar untuk ke sukaneka Nisa' bersama PAPISMA. InsyaAllah, bulan Ogos nanti.
Mak Wan memimpin bacaan Yasin







Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan tuan rumah

Ketawa dengan celoteh ustaz...



Kak Da dan tuan rumah




Nyanyi lagu tema


Mak Wan speaking...


Berfikir untuk soalan cabutan bertuah


Kita soal ye... tak aci ibu dia soal...



Terima kasih tuan rumah!



[Paparan penuh di sini]

Thursday, July 16, 2009

Keluarga Marwa Dakwa Polis Jerman

Perkembangan kes sebelum ini.

KELUARGA Marwa Al-Sharbini akan mendakwa seorang polis Jerman yang telah menembak suami Marwa di ruang pengadilan kota Dresden. Menurut Khalid Abu Bakar dalam wawancara dengan press TV, pihaknya akan mengenakan tuduhan percubaan membunuh terhadap suami Marwa.

Suami Marwa ditembak semasa berusaha melindungi isterinya yang diserang dengan senjata tajam oleh pemuda Jerman bernama Alex yang juga tetangga mereka semasa berlaku proses pengadilan, dimana Marwa hadir sebagai pendakwa. Marwa menuntut Alex, kerana telah menyebutnya sebagai pengganas hanya kerana Marwa seorang Muslim dan bertudung menutup aurat.

Tetapi tanpa disangka di ruang sidang, Alex menikam dan menusuk Marwa sebanyak 18 kali hingga meninggal dunia. Sedangkan suami Marwa yang berusaha menolong isterinya, ditembak oleh polis yang mengawal ruang mahkamah. Akibat tembakan itu, suami Marwa mengalami luka serius. Kerajaan dan media massa Jerman tidak menanggapi kes ini dengan serius.

Saudara lelaki Marwa, Tarek Al-Sharbini yang baru pulang dari Jerman untuk membawa jenazah Marwa mengatakan semasa di Jerman ia diwawancara sebuah akhabar dan tv negara itu, tapi langsung tak keluar berita. Media dan kerajaan Jerman sejak awal berusaha menutup kes ini, bahkan baru secara rasmi menyampaikan dukacita pada kerajaan Mesir negara asal Marwa, setelah 10 hari terjadi. Ada pejabat-pejabat di Jerman melarang press TV, untuk melakukan wawancara dengan suami Marwa.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sikap media dan pemerintah Jerman terhadap kes Marwa menunjukkan biasnya negara-negara Barat dalam menangani kebiadaban perkauman dan Islamofobia yang menimpa Muslim di negeri itu. Polis Jerman juga telah gagal melindungi korban kerana kejadian itu terjadi dalam ruang mahkamah. Polisi Jerman juga dinilai tidak betul kerja kerana tidak dapat mengenali mana yang suami Marwa dan mana yang menyerang Marwa. (AK)
[Paparan penuh di sini]
 

©2009 . | by TNB