Friday, August 28, 2009

Nisa' Small Kindness Hulu Terengganu

3N Nisa' Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH atas usaha Nisa' Hulu Terengganu mengadakan Nisa' Small Kindness untuk Ramadhan kali ini.

Matlamat program ini bertujuan membantu anak yatim, ibu tunggal yang layak dan golongan fakir miskin. Bantuan yang disampaikan oleh Nisa' DUN ini berbentuk beras, barangan keperluan dapur, pakaian raya, kad raya Nisa' dan sedikit wang tunai.

Pada tahun ini, program dimulakan di DUN Telemong pada 25 Ogos, diikuti DUN Manir pada 26 Ogos. DUN Kuala Berang dan DUN Ajil akan menyusul akan datang. Program ini akan terus berjalan sepanjang Ramdhan bagi menyalurkan bantuan yang telah disumbangkan oleh orang ramai melalui Nisa'.

Sebarang sumbangan, bolehlah diserahkan atau hubungi Bendahari Nisa' Kawasan Hulu Terengganu iaitu Puan Nurul Akmal Mohd Sidek (0139291522) atau Puan Norazira Mamat (0199599615).



Penolong Bendahari Nisa' Terengganu tak lepas dengan begnya...
banyak duit ke Su? hihi...


Chaiyook Akmal...


Ketua Nisa' Hulu Terengganu, Puan Norzira menyampaikan hamper...





Happy makcik tu dapat duit raya, yea...


Kat kedai ni la kami beli barang...
Boleh bantu mereka, yea tak?

Ho-ho... Happynya semua...







[Paparan penuh di sini]

Sunday, August 23, 2009

Sukaneka Nisa' dan PAPISMA

Tahniah kepada Nisa' DUN Ladang atas penganjuran bersama sukaneka PAPISMA yang telah turun padang mengadakan program bakti masyarakat untu DUN Ladang. Sesungguhnya usaha PAPISMA yang berusaha mendekati masyarakat, dengan tidak menghadkan profesionalisma mereka dalam perubatan sahaja amat-amat patut dihargai dan diraikan. Nak tahu apa itu PAPISMA, boleh ke laman web PAPISMA Pusat atau PAPISMA Terengganu.

Banyak games nya...


Ni la tapak gajah yea...




Ayat trademark "cari gaduh" Nisa' DUN Ladang... ha-ha...


Banner Join Nisa' yang wajib setiap kawasan ada...


Larian Kasih... Kekasih... hihi...


Tarik tali... nasib baik bukan bulan posa lagi ni...



Kukur Nyior ... kena koyok buoh nyior dulu...


Yea... doktor-doktor kita kukur nyior ye tuan-puan...


Terima kasih kepada Bendahari PAPISMA Pusat, kami cilok gambar dari blognya di sini... hihi... Cilok dulu, baru royak... sori ye Kak Ummi... @lol
[Paparan penuh di sini]

Friday, August 21, 2009

Khas Untuk Ahli Nisa' Terengganu



Ramadhan Kareem buat semua pengunjung blog Nisa'...
Kami baru selesai mengadakan mesyuarat di peringkat negeri kelmarin dengan kehadiran yang memberangsangkan dan mendapat pujian bonda-bonda lain... hihi... Moga-moga penggerak syiar Islam ini terus bersemangat ye... BADAR 313!

Bermula hari ini, kami akan meneruskan tradisi menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya (aik?baru first day puasa!) untuk semua ahli Nisa' seperti tahun lepas. Mesti ada yang tertanya, kenapa awal sangat kan? Haa.... bukan senang bagi kami untuk menulis alamat dan menampal setem secara manual kepada 1958 orang ahli Nisa Terengganu tau... 1958!

Kami menempah hanya 2000 keping kad, ups... poskad actually, untuk dihantar kepada semua Nisa' Terengganu. Tunggu kedatangannya dalam peti surat anda yea! Hihi...


[Paparan penuh di sini]

Monday, August 17, 2009

Gambar Program Smart Exam

Program Smart Exam anjuran Nisa' Hulu Terengganu mendapat sambutan yang memberangsangkan, Alhamdulillah. Malah, pengisian program ini bukan sahaja menekankan peperiksaan semata-mata, ianya turut menekankan exam akhirat nanti iaitu memberi kefahaman tentang akhlak sebagai muslimah sejati.









[Paparan penuh di sini]

Sunday, August 16, 2009

Children Of Heaven menyentuh hati Nisa'

Tautan Kasih Nisa' Kawasan Kuala Terengganu telah dilangsungkan dengan jayanya pada 13 Ogos 2009, Khamis malam bertempat di PASTI Paloh. Kelainan program kali ini terletak pada pengisian program yang meliputi qiamullail AJK Nisa' Kawasan bersama adik-adik Nisa', Nisa' Movie Criticize dan Senaman Ruhul Jadid pada pagi Jumaat.

Meskipun subtitle filem Children Of Heaven adalah dalam Bahasa Inggeris dan filem itu sendiri berbahasa Parsi, ianya tidak menghalang adik-adik menghayati kisahnya hingga ada yang mengalirkan air mata. Kakak-kakak AJK Nisa' juga turut menangis menonton babak-babak sedih Ali dan Zahra dan kadang-kala tertawa dengan kelucuan yang ditampilkan.


Adik-adik mula tiba dan mendaftarkan diri


Urusetia juga mula tiba, dan bersiap-siap untuk solat berjemaah Isyak bersama-sama


Selepas selesai solat, makan malam bersama-sama.


Menikmati teh panas sambil bersembang santai.


Pengerusi majlis memulakan aluan program meraikan kedatangan adik-adik.


Kak Baity memulakan pengenalan kepada tayangan filem, dan...


Let the show begin!!! hehe.. tapi dalam suasana penuh barakah.. kerana movie yang ditayangkan sarat dengan unsur-unsur kemanusiaan dan sifat-sifat yang dituntut dalam Islam..


Barisan hadapan penonton..


Hadirin tersenyum melihat telatah Ali dan Zahra (watak utama dalam filem)


Filem dah tamat.. Kak Baity memulakan sesi kuiz!!


Semangatnya adik-adik angkat tangan nak jawab soalan..


Suasana santai dan ceria... Soalan senang sangat dekpom...


Kak Siha menyampaikan hadiah kepada adik-adik yang berjaya jawab soalan kuiz. :)


Tahniah... Lain kali kita tengok lagi okkay?

Mohon maaf, kerana gambar aktiviti seterusnya tidak dapat dipaparkan kerana kamera telah kehabisan bateri. Huhu....
[Paparan penuh di sini]
 

©2009 . | by TNB