Sunday, August 16, 2009

Children Of Heaven menyentuh hati Nisa'

Tautan Kasih Nisa' Kawasan Kuala Terengganu telah dilangsungkan dengan jayanya pada 13 Ogos 2009, Khamis malam bertempat di PASTI Paloh. Kelainan program kali ini terletak pada pengisian program yang meliputi qiamullail AJK Nisa' Kawasan bersama adik-adik Nisa', Nisa' Movie Criticize dan Senaman Ruhul Jadid pada pagi Jumaat.

Meskipun subtitle filem Children Of Heaven adalah dalam Bahasa Inggeris dan filem itu sendiri berbahasa Parsi, ianya tidak menghalang adik-adik menghayati kisahnya hingga ada yang mengalirkan air mata. Kakak-kakak AJK Nisa' juga turut menangis menonton babak-babak sedih Ali dan Zahra dan kadang-kala tertawa dengan kelucuan yang ditampilkan.


Adik-adik mula tiba dan mendaftarkan diri


Urusetia juga mula tiba, dan bersiap-siap untuk solat berjemaah Isyak bersama-sama


Selepas selesai solat, makan malam bersama-sama.


Menikmati teh panas sambil bersembang santai.


Pengerusi majlis memulakan aluan program meraikan kedatangan adik-adik.


Kak Baity memulakan pengenalan kepada tayangan filem, dan...


Let the show begin!!! hehe.. tapi dalam suasana penuh barakah.. kerana movie yang ditayangkan sarat dengan unsur-unsur kemanusiaan dan sifat-sifat yang dituntut dalam Islam..


Barisan hadapan penonton..


Hadirin tersenyum melihat telatah Ali dan Zahra (watak utama dalam filem)


Filem dah tamat.. Kak Baity memulakan sesi kuiz!!


Semangatnya adik-adik angkat tangan nak jawab soalan..


Suasana santai dan ceria... Soalan senang sangat dekpom...


Kak Siha menyampaikan hadiah kepada adik-adik yang berjaya jawab soalan kuiz. :)


Tahniah... Lain kali kita tengok lagi okkay?

Mohon maaf, kerana gambar aktiviti seterusnya tidak dapat dipaparkan kerana kamera telah kehabisan bateri. Huhu....

0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB