Sunday, March 28, 2010
Sila klik untuk besarkan iklan di bawah:
Nisa' Negeri Terengganu sedang menyusun persiapan untuk mengadakan Pertandingan Suara Nisa' Peringkat Negeri Terengganu, pada 1 Mei 2010 di Dewan TER (Terengganu Equestrian Resort).
Walau bagaimanapun, pihak Nisa' Terengganu masih belum berjaya mengumpul jumlah penajaan yang secukupnya untuk menjayakan program ini.
Kepada anda semua yang bermurah hati untuk menyumbangkan penajaan kepada program ini, sumbangan anda amat dialu-alukan. Anda boleh menghubungi Ketua Nisa' Negeri, Kak Ani, di nombor 013-9815818. Seterusnya, anda boleh depositkan jumlah sumbangan itu ke akaun Bank Islam kami, di atas nama Saudari Rohani Ramli, bernombor 13017020415270, dan sila maklumkan untuk makluman pihak kami.
Saturday, March 27, 2010
Rehlah AJK Nisa'
Pada 26 Mac (Jumaat) yang lalu, Nisa' Negeri telah mengadakan satu program rehlah AJK Nisa', dengan tujuan untuk merapatkan hubungan sesama AJK dan seterusnya menghasilkan pasukan kerja Nisa' yang kuat.
Program bermula pada pukul 9, dengan sarapan pagi bersama-sama, sambil menikmati pemandangan yang cantik, diulit angin pantai di chalet Vistana, Kg Tok Jembal itu. Kemudiannya, disusuli dengan beberapa aktiviti berkumpulan/ modul latihan untuk membentuk kerjasama di antara peserta.
Seterusnya, pada pukul 11.00, serentak dengan kehadiran Che Na, selaku penasihat Nisa' Negeri Terengganu, muhasabah Nisa diadakan, dengan memberi peluang kepada setiap ahli untuk menyuarakan pandangan/ suara hati masing-masing.
Seterusnya, satu lagi aktiviti/modul berkumpulan diadakan, sebelum menunaikan solat Zohor berjemaah. Mesyuarat turut diadakan untuk merancang salah satu program negeri dalam masa yang terdekat ini.
Selepas solat Asar berjemaah, beberapa aktiviti menarik dimainkan lagi, sehinggalah majlis bersurai pada pukul 6.30 petang.
Saturday, March 13, 2010
Ziarah Nisa' ke rumah sahabat-sahabat
Pada Jumaat, 12hb Februari baru-baru ini, konvoi Nisa' yang diketuai oleh Kak Ani telah bertolak pada pukul 3 petang menuju ke Kawasan Kuala Nerus, menziarahi sahabat-sahabat yang ditimpa musibah.
Rumah yang pertama dikunjungi ialah rumah saudari Fatimah Zahrah (Kak Ja), yang mengalami gangguan kesihatan yang agak kronik sejak 2 bulan yang lalu. Kami bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita kerana sudah agak lama tidak bersua dengan Kak Ja. Sebelum bertolak pulang, saudari Suriani mewakili konvoi menyerahkan sedikit sumbangan kepada Kak Ja.
Rumah yang kedua dikunjungi pula ialah rumah saudari Norma. Beliau telah mengalami gangguan kesihatan sejak Julai 2009, dan disyaki oleh doktor menghidap sejenis barah. Beliau memerlukan rawatan dengan segera kerana keadaannya yang agak kronik sekarang. Namun, keadaan masih tidak mengizinkan kerana perbelanjaan rawatan yang agak tinggi, iaitu RM20,000. Namun, konvoi kami tetap menghulurkan sedikit sumbangan sekadar yang termampu.
Rumah yang terakhir dikunjungi pula ialah rumah saudari Latifah. Ayahandanya yang sudah berusia didapati mendapat masalah pada ingatannya, yang membuatkannya tidak dapat menjaga diri seperti biasa. Sebelum berpisah, wakil konvoi, saudari Dianah menghulurkan sedikit sumbangan daripada Nisa' untuk keluarga Latifah.
Buat sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, sila hubungi Kak Ani. Terutamanya untuk Kak Norma, bantuan daripada anda semua amat diharapkan. Kerana perumpamaan orang beriman itu, seperti peha kiri yang sakit, peha kanan turut merasa. Wallahu 'Alam..
Friday, March 5, 2010
Tautan Kasih
Unit Pembangunan Insan Nisa' Negeri Terengganu dengan kerjasama Nisa' DUN Ladang dan Nisa' Kawasan Kuala Terengganu telah berjaya melaksanakan program dwi-bulanan untuk pengisian dalaman AJK iaitu Tautan Kasih. Program yang bermula dengan solat Maghrib berjemaah diakhiri dengan qiamullail dan sarapan pagi bersama-sama. Antara pengisian program ialah ta'aruf dan tayangan Pengkisahan Kewafatan Rasulullah SAW yang meruntun jiwa.
Tahiah buat UPI Nisa' Negeri Terengganu dan Nisa' DUN Ladang selaku tuan rumah atas penganjuran kali ini. Semoga dapat dilaksanakan lagi untuk akan datang.
Solat& qiamullail berjemaah
Makan laksa berjemaah
Tayangan Pengkisahan Kewafatan Rasulullah SAW
Ditulis oleh
nasikerabupetro
at
11:22 PM
|
Labels:
Nisa' K. Terengganu,
Program Negeri,
UPI
|
0
komen diterima
Subscribe to:
Posts (Atom)