Saturday, March 13, 2010

Ziarah Nisa' ke rumah sahabat-sahabat



Pada Jumaat, 12hb Februari baru-baru ini, konvoi Nisa' yang diketuai oleh Kak Ani telah bertolak pada pukul 3 petang menuju ke Kawasan Kuala Nerus, menziarahi sahabat-sahabat yang ditimpa musibah.

Rumah yang pertama dikunjungi ialah rumah saudari Fatimah Zahrah (Kak Ja), yang mengalami gangguan kesihatan yang agak kronik sejak 2 bulan yang lalu. Kami bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita kerana sudah agak lama tidak bersua dengan Kak Ja. Sebelum bertolak pulang, saudari Suriani mewakili konvoi menyerahkan sedikit sumbangan kepada Kak Ja.

Rumah yang kedua dikunjungi pula ialah rumah saudari Norma. Beliau telah mengalami gangguan kesihatan sejak Julai 2009, dan disyaki oleh doktor menghidap sejenis barah. Beliau memerlukan rawatan dengan segera kerana keadaannya yang agak kronik sekarang. Namun, keadaan masih tidak mengizinkan kerana perbelanjaan rawatan yang agak tinggi, iaitu RM20,000. Namun, konvoi kami tetap menghulurkan sedikit sumbangan sekadar yang termampu.

Rumah yang terakhir dikunjungi pula ialah rumah saudari Latifah. Ayahandanya yang sudah berusia didapati mendapat masalah pada ingatannya, yang membuatkannya tidak dapat menjaga diri seperti biasa. Sebelum berpisah, wakil konvoi, saudari Dianah menghulurkan sedikit sumbangan daripada Nisa' untuk keluarga Latifah.

Buat sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, sila hubungi Kak Ani. Terutamanya untuk Kak Norma, bantuan daripada anda semua amat diharapkan. Kerana perumpamaan orang beriman itu, seperti peha kiri yang sakit, peha kanan turut merasa. Wallahu 'Alam..

0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB