Friday, December 26, 2008

Jom Bowling

Lamanya blog Nisa' Terengganu tak diupdate...
Mohon maaf...

Kelmarin (26 Disember 2008) telah diadakan pertandingan bowling untuk remaja-remaja DUN Wakaf Mempelam di Terengganu Equestrian Recreation pada jam 2.30 hingga 4.30 petang. Jom Bowling ini juga telah diserikan dengan kehadiran YB Senator Puan Hjh. Mumtaz Md Nawi, yang merupakan Ahli Parlimen Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada semua tenaga yang terlibat termasuk Nisa' Dungun yang membantu program menjadi lebih baik.





























Jom Bowling akan diadakan lagi pada hari ini, 27 Disember 2008 di tempat yang sama, untuk remaja DUN Ladang. Jumpa di sana...
[Paparan penuh di sini]

Monday, December 15, 2008

NIG Alor Limbat... Happening!

Sekitar suasana Nisa' Indoor Games Peringkat DUN Alor Limbat yang telah berlangsung pada 29 November 2008 di PASTI Al-Badar, Gelugor. Meriah dengan remaja yang ceria dan ibu-ibu yang sporting!

Aluan Oleh Ketua Nisa' Terengganu, Kak Ani

Ni beratur nak amik tiket dart ye...


Amacam? Agak-agak kena board ke, keluar tingkap?


Main congkak



Adik-adik... ni balingan dart jurus ke 8 ya...


Sesi yang dinantikan... ibu-ibu nak main juga!
Dirasmikan oleh Kak Na, Setiausaha DMPNT


OK... Tutup mulut...tutup mulut...


Jurus mengelak sebelum membaling... huhu


Hoh... sedap doh... macam nok terbang je...


Sesi penyampaian hadiah


Tahniah... nanti kita lawan DUN lain ye...


Sesi Mamam...


@senamNantikan update gambar-gambar menarik lain NIG Alor Limbat di Galeri Nisa' Terengganu... Admin capek... huhu
[Paparan penuh di sini]

Tuesday, December 9, 2008

Salam Eidul Adha

Selamat mengenang segala pengorbanan orang-orang di sekeliling kita yang sentiasa ingin kita berjaya dalam kehidupan. Juga selamat bermuhasabah diri memikirkan apa yang telah kita korbankan sebagai tanda menghargai dan bersyukur atas apa yang ada pada diri kita... Sambil membantu memegang kaki lembu tu, fikir-fikirkan kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang meredhai apa yang telah Allah tentukan atas mereka. Betapa ibu Nabi Ismail meredhakan pengorbanan yang disuruh oleh Allah SWT hingga melangkaui kasih sayang dan ikatan keluarga. Fikirkan sedikit sahaja segala hikmahnya, insyaAllah, ia sudah memadai dari kita melakukan solat-solat sunat...

Selamat berkorban dan menyediakan diri untuk dikorbankan...;)


Salam Idul Adha dari saff kepimpinan Nisa' Negeri Terengganu...
[Paparan penuh di sini]

Tuesday, December 2, 2008

Rehlah Nisa' DUN Jerteh Meredah Hujan

Alhamdulillah, Rehlah Nisa' Dun Jerteh telah berjaya diadakan pada 30 Nov 2008 (Ahad) di kawasan Air Terjun Lata Belatan, Besut. Walaupun sehari sebelum itu, hujan turun dengan lebat dan berterusan dari pagi hingga ke malam, tapi dengan nekad Allah akan mempermudahkan urusan hamba-Nya, sepanjang hari itu hujan turun renyai-renyai sahaja dan cerah pada waktu tenghahari. Sasaran peserta adalah pelajar tahun 5 hingga tingkatan 4, bertemakan BERILMU, BERAMAL, BERUKHUWAH. Matlamat program adalah untuk membentuk sahsiah yang baik dan menyemai budaya Islam di kalangan peserta.

Aktiviti yang dijalankan seperti ice breaking dan taaruf, ceramah KAU MAWARKU berkenaan menjaga maruah diri daripada gejala sosial dan menutup aurat, LDK dan pembentangan matlamat jangka pendek dan jangka panjang, Tazkirah SRIKANDI SOLEHAH, amanat dari Muslimat dan pemilihan peserta mewakili Dun Jerteh dan seterusnya kawasan Besut ke pertandingan Indoor Games peringkat negeri.

sesi mencatat matlamat

catat dik jangan tak catat


tazkirah dari ustazah


peserta ni boleh tahan berani buat pembentangan


catat dik jangan tak catat


peserta khusyuk mendengar ceramah ustaz jemputan



Petikan sumber dari laman blog DPPK Besut


@smile@lol@oops@tongue@blink@blink@kiss
[Paparan penuh di sini]
 

©2009 . | by TNB