Sunday, January 25, 2009

Hiasan Kek bersama Nisa' DUN

Nisa' DUN Wakaf Mempelam telah berjaya mengadakan program yang ringkas tetapi mampu menarik peserta golongan wanita dan remaja perempuan untuk menyertainya. Program ANEKA HIASAN KEK yang menampilkan seorang Nisa' yang berkemahiran menghasilkan pelbagai hiasan kek yang menyelerakan untuk panduan golongan wanita.

Meskipun cuaca mendung dan hujan, ianya tidak mematahkan semangat para peserta untuk mendapatkan ilmu mengenai hiasan kek yang cantik dan enak.










[Paparan penuh di sini]

Gempur Risalah

Nisa' Terengganu mengambil inisiatif pada 26 dan 27 Disember lalu untuk memujuk golongan anak-anak muda terutamanya mahasiswa-mahasiswi yang belajar di luar Terengganu untuk pulang mengundi pada 17 Januari yang lalu. Nisa' berpendapat, golongan anak muda adalah mewakili suara pemimpin masa depan yang perlu digerakkan minda dan didengari suara mereka dalam menentukan hala tuju negara.

Selain dari mengedarkan risalah isu semasa dan doa menaiki kenderaan, Nisa' Terengganu turut memberikan air mineral dan gula-gula untuk penumpang-penumpang bas, tidak terkecuali pemandu-pemandu bas yang akan bertolak ke destinasi masing-masing.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan ada di antara ahli keluarga yang menghantar keluarga mereka menaiki bas memuji usaha Nisa' dan mencadangkan agar usaha seperti ini turut dilakukan pada masa lain.

Usaha Nisa' ini tidak hanya tertumpu di stesen bas MPKT, sebaliknya pada hari-hari selepasnya, Nisa' Terengganu turut turun mengedarkan risalah ke pasar-pasar utama, Pantai Batu Buruk dan kawasan kediaman utama.

Berikut adalah gambar sekitar gempur penumpang stesen bas MPKT.

Sebelum operasi dimulakan...


Wah... limau tu pun nak bagi jugak ke?


Sukanya mereka ni...


Berehat sekejap menunggu ketibaan bas



Doa mengiringi tugas...


Akhirnya... siap!


Gambar je depan Mc'D... Kami BOIKOT tau...!




[Paparan penuh di sini]

Nisa' @ Riang Ria Motor

Menyedari kebanyakan penunggang motosikal juga adalah terdiri dari golongan wanita, Nisa' Negeri Terengganu mengadakan inisiatif menerangkan mengenai cara menunggang motor dengan selamat bersama Yasir Said, Juara Grand Prix Asia pada tahun 1994-1995 bertempat di Pasar Borong Gong Pauh.

Program Riang Ria Motor ini diadakan dengan kerjasama Department of Art, Culture and Sport (DACS) Negeri Terengganu dengan mensasarkan golongan penunggang motosikal sama ada lelaki mahupun perempuan.

Meskipun cuaca hujan renyai-renyai membuatkan lokasi program menakung air, tidak mematahkan semangat penganjur dan juga Saudara Yasir Said dan 3 sahabatnya untuk menunjukkan skill menunggang yang betul.

Tambah memeriahkan suasana ialah kehadiran Saudara Azhan Atan, Juara Akademi Nasyid TV9 yang diberi penghormatan untuk membuat cabutan bertuah, YB Hj Mohd Abd Wahid Endut (ADUN Wakaf Mempelam) serta YB Nurul Izzah Anwar yang menyampaikan ucapan meraikan golongan remaja agar menyertai aktiviti bermanfaat bersama-sama Nisa' dan DACS.

Selain demo cara menunggang motor selamat, peserta-peserta juga diberi peluang menunggang motor di hadapan saudara Yasir Said dan diberikan nasihat dan ulasan mengenainya. Setiap peserta yang hadir dan mendaftar diberi nombor cabutan bertuah. Hadiah cabutan bertuah yang disediakan ialah servis motor asas percuma dan 30 botol minyak hitam percuma.

Semoga dengan aktiviti bermanfaat dan berinformasi seperti ini mampu menarik lebih ramai anak-anak muda menyertai Nisa' Terengganu.

YB Haji Mohd Abdul Wahid yang sangat meraikan anak-anak muda
turun menyampaikan nasihat dan panduan.


Amboi-amboi... suka la tu dapat naik motor besar dik...


Hehe... Nisa' minat motor ke minat yang kat atas motor tu?


OK bang... tunjuk skill sket...


"Kalau kat traffic light, jangan termenung tau..."


Motor idaman tak?


Ketua Nisa' Terengganu menyampaikan cenderamata buat Yasir Said


Ni sahabat Yasir Said yang mengiringi beliau. Mai dari Kedah nu...


Akhi Azhan Atan diberi peluang membuat dan menyamipakan cabutan bertuah


YB Nurul Izzah... suara anak muda...



Memang best... sesi fotografi bersama semua yang hadir...


Yeah... chaiyok kak...


Nisa' yang turut test skill menunggang...


Eeeee.... nak jatuh ke?



OK... lap...lap...



Teori dulu nih...


[Paparan penuh di sini]

Saturday, January 3, 2009

Hi-Tea Nisa' meriah!

"Pemilihan pemimpin yang terbaik dapat menyelamatkan ummah dan bertanggungjawab memandu masyarakat ke jalan kebenaran agar dapat membentuk akhlak generasi akan datang".


Hi-Tea Nisa' Terengganu Bersama Ketua Dewan Muslimat Pusat & Bakat Baru
Tarikh : 2 Januari 2009 (Jumaat)
Tempat : Paradise Deluxe, Pasir Panjang

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Ustazah Nuridah Salleh, diikuti dengan ucapan dari isteri YB Tuan Haji Mohd Abd. Wahid Endut, calon Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Puan Hajjah Wan Fatimah Wan Abdullah. Turut menyerikan majlis, adik Nur Husna yang telah mengagumkan hadirin dengan suaranya yang gemersik dan merdu. Akhir sekali, Kak Mastura dari Nisa' Malaysia telah berjaya menggamatkan dewan hi-tea dengan games dan aktiviti ringan. Sampaikan waitress pun ikut sekali!

Alhamdulillah, ramai peserta yang telah mendaftarkan diri menjadi ahli Nisa' selepas majlis berakhir...












[Paparan penuh di sini]
 

©2009 . | by TNB