Sunday, January 25, 2009

Gempur Risalah

Nisa' Terengganu mengambil inisiatif pada 26 dan 27 Disember lalu untuk memujuk golongan anak-anak muda terutamanya mahasiswa-mahasiswi yang belajar di luar Terengganu untuk pulang mengundi pada 17 Januari yang lalu. Nisa' berpendapat, golongan anak muda adalah mewakili suara pemimpin masa depan yang perlu digerakkan minda dan didengari suara mereka dalam menentukan hala tuju negara.

Selain dari mengedarkan risalah isu semasa dan doa menaiki kenderaan, Nisa' Terengganu turut memberikan air mineral dan gula-gula untuk penumpang-penumpang bas, tidak terkecuali pemandu-pemandu bas yang akan bertolak ke destinasi masing-masing.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan ada di antara ahli keluarga yang menghantar keluarga mereka menaiki bas memuji usaha Nisa' dan mencadangkan agar usaha seperti ini turut dilakukan pada masa lain.

Usaha Nisa' ini tidak hanya tertumpu di stesen bas MPKT, sebaliknya pada hari-hari selepasnya, Nisa' Terengganu turut turun mengedarkan risalah ke pasar-pasar utama, Pantai Batu Buruk dan kawasan kediaman utama.

Berikut adalah gambar sekitar gempur penumpang stesen bas MPKT.

Sebelum operasi dimulakan...


Wah... limau tu pun nak bagi jugak ke?


Sukanya mereka ni...


Berehat sekejap menunggu ketibaan bas



Doa mengiringi tugas...


Akhirnya... siap!


Gambar je depan Mc'D... Kami BOIKOT tau...!




2 komen diterima:

arrajirahmatarabbih said...

Bittaufiq....

afnan said...

eh...knp takde joint venture ngn pemuda....??/

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB