Sunday, September 23, 2007

IFTAR NISA' NEGERI


Semua penggerak Nisa' Negeri Terengganu akan beriftar bersama-sama di

:: AMAL RAUDHAH LOSONG ::

:: 25 SEPTEMBER 2007 ::

IFTAR ini diadakan bukan sahaja untuk memuliakan Ramadhan, bahkan ianya menjadi program untuk mengeratkan hubungan. Seterusnya, akan berlangsung perbincangan untuk kemantapan program yang mendatang!
SALAM RAMADHAN KAREEMM :)
[Paparan penuh di sini]

Monday, September 17, 2007

MAJLIS BERBUKA PUASA- 28 SEPTEMBER 2007



ASSALAMUALAIKUM..dan SALAM RAMADHAN KAREEM..

Makluman buat semua pengunjung, NISA' TERENGGANU dengan kerjasama NISA' KAWASAN SETIU, akan mengadakan MAJLIS BERBUKA PUASA (IFTAR) BERSAMA IBU TUNGGAL DAN ANAK YATIM.

Majlis akan diadakan di Surau Merang, Setiu
Pada: 16 Ramadhan 1428h / 28 september 2007

Majlis ini diadakan bertujuan meraikan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara golongan ibu tunggal, anak yatim dengan Nisa' Negeri Terengganu.

Antara agendanya ialah, ucapan alu-aluan Pengarah Nisa' Terengganu, Tazkirah Ramadhan, Penyampaian duit raya dan iftar.

Sehubungan dengan itu, pihak Nisa'Terengganu berbesar hati sekiranya terdapat sumbangan kewangan yang boleh dihulurkan. Sesiapa yang sudi menyumbang bolehla dibankkan atas nama NURUL AKMAL HJ.MOHD.SIDEK, akaun BIMB bernombor 06028020174524 sebelum 28 September 2007.

Segala jasa kalian amatlah dihargai..

Salam Sayang dan Salam Ramadhan Kareem!
[Paparan penuh di sini]

Sunday, September 9, 2007

MEH KENAL NISA'


VISI

Ke Arah Pembentukan Jatidiri Nisa’ Yang Unggul

MISI

Melahirkan Nisa’ yang menghayati dasar-dasar Islam demi mempertahankan maruah diri, masyarakat dan negara

OBJEKTIF:

1. Memperkenalkan Nisa’ sebagai badan dakwah dan kebajikan.
2. Melahirkan Nisa’ yang berketrampilan dan mesra dengan masyarakat.
3. Sentiasa menjalankan aktiviti selari dengan citarasa pelajar, remaja dan siswi.
4. Mempunyai tenaga kerja yang komited dan konsisten di setiap peringkat.

[Paparan penuh di sini]

Dunia Baru Islam

semoga ianya menjadi nyata!

[Paparan penuh di sini]

Saturday, September 8, 2007

@ IKRAR KAMI @



Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam,
Selawat & salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,

Ya ALLAH, Ya Tuhan kami,

Kurniakanlah akan kami kesihatan tubuh badan, akal fikiran yang cerdas, semangat perjuangan yang utuh & jiwa yang benar di atas landasan iktiqad-Mu.

Ya ALLAH, Ya Tuhan kami,

Berikanlah kekuatan kepada kami agar sentiasa istiqomah, tetap & tidak berganjak dalam perjuangan menegakkan agamaMu. Jadikan kami teguh bersatu bagaikan saf yang kukuh & tersusun rapi.

Tingkatkanlah keimanan, ketaqwaan & kesabaran para petugas-Mu dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang.

Kau tetapkanlah hati-hati kami agar terus tabah & ikhlas di dalam memikul amanah-Mu…

Ya ALLAH, Ya Tuhan kami,

Kami berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dalam gerak kerja pilihanraya kali ini dan akan datang, bagi membantu memartabatkan sistem pemerintahan yang adil di bumi kami ini.

Ya ALLAH , Ya Tuhan kami,

Kami berjanji Ya Allah, akan menjalankan kerja-kerja dakwah ini secara berjama’ie bagi merealisasi konsep Islam agar tertegaknya Daulah Islamiyyah di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Hanya kepada-Mu ya Allah kami berserah & memohon.

AMEEN…YA RABBAL ‘ALAMEEN…..

Yang menerima taklifan,

………………………………………………….

( )

[Paparan penuh di sini]

Friday, September 7, 2007

:: JAMBORI SRIKANDI HULU TERENGGANU ::

[Paparan penuh di sini]

Monday, September 3, 2007

MADAH UNTUK WANITA SOLEHAH



Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku ,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah"
[Paparan penuh di sini]

Jambori Srikandi 2006



Tarikh : 10 – 12 Mac 2006

Tempat : Lata Belatan, Jabi, Setiu

Sasaran : Ahli Nisa’ Seluruh Negeri Terengganu

Pengisian : Explorace, Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam, Senamrobik, Sukaneka dsb. Perasmian oleh Kak Mastura

[Paparan penuh di sini]

Injeksi Kepimpinan Nisa’ Terengganu

Tempat : Markaz Tarbiyyah Kuala Terengganu
Sasaran : Ahli Jawatankuasa Peringkat Negeri dan Kawasan

Pengisian :

Pengenalan mengenai nisa’ oleh Kak Mastura Mohamad, Pengarah Nisa’ Pusat dan ketua unit kerjaya pusat, ketua unit kebajikan dan kaunseling serta ketua unit pembangunan insan. Sebelah petang, diadakan LDK brainstorming cara untuk menarik golongan sasaran untuk menyertai Nisa’.

[Paparan penuh di sini]
 

©2009 . | by TNB