Sunday, November 1, 2009

Pembunuh Marwa As-Sharbini dihadapkan ke mahkamah



Dresden - Mahkamah di Jerman semalam memulakan perbicaraan ke atas lelaki yang dituduh membunuh seorang wanita hamil dari Mesir.

Pihak Pendakwa mendakwa tertuduh, Alex W menikam Marwa As-Sharbini sehingga mati sekurang-kurangnya 16 kali dalam tempoh tiga minit pada 1 Julai lalu.

Alex hadir di mahkamah dengan memakai topeng muka dan menghadapi perbicaraan di sebalik kamar kaca kalis peluru berikutan ancaman bunuh yang diterimanya di internet, lapor media Jerman.

Marwa yang hamil tiga bulan ketika kejadian, ditikam di bahagian dada, belakang dan lengan dengan menggunakan pisau dapur sepanjang 18 sentimeter.

Pendakwa berkata, motif pembunuhan adalah berpunca daripada perasaan benci mendalam terhadap penganut Islam dan penduduk bukan Eropah.

Alex juga didakwa kerana cuba membunuh suami mangsa, Elwy Okaz ketika cuba membantu isterinya ketika diserang.

Sementara itu, beribu-ribu penduduk Jerman berhimpun di Dresden bagi mendesak tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal ke atas perbuatan kejam yang dilakukannya.

Kira-kira 200 angota polis berkawal di luar bangunan mahkamah di bandar Dresden, timur Jerman sepanjang prosiding berlansung semalam.
Klik untuk baca penuh...

Saturday, October 31, 2009

Jom Kita Teka


Di sini Crew 3N nak ajak pembaca blog Nisa' untuk meneka apakah benda ni? Anda nak panggil basikal ke, motor ke atau nama baru?







Ini adalah kenderaan salah seorang pengunjung gerai Nisa' semasa Sambutan Jubli Perak PASTI baru-baru ini. Kerana terlalu ingin bermain dart yang kami sediakan, budak tersebut merayu-rayu untuk bermain antara waktu Maghrib dan Isyak'. Tapi, memandangkan telah masuk waktu, kami meminta adik-adik ni pergi solat berjemaah dulu...

Sambutan gerai pameran dan permainan Nisa' amat hangat.
Nanti akan kami kemaskini beserta gambar ok?
Klik untuk baca penuh...

Monday, October 26, 2009

Struktur Nisa' Negeri dan Kawasan


Sila klik mana-mana carta organisasi di bawah untuk besarkan paparannya.




















Klik untuk baca penuh...

Wednesday, October 21, 2009

Sekitar Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu


Berikut ialah gambar-gambar sekitar majlis Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu di Kubang Lembik, Manir, pada hari Sabtu, 17hb Oktober 2009 baru-baru ini.

















Klik untuk baca penuh...

Saturday, October 3, 2009

Ifthar Nisa' DUN Wakaf Mempelam


Sekitar ifthar Nisa' DUN Wakaf Mempelam yang diadakan di Chalet ANZ di Durian Burung. Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas oleh tuan rumah, Kak Zie (AJK Muslimat DUN) sebelum berbuka dengan hasil air tangan Kak Zie sendiri. Kak Zie menyampaikan peringatan asas iaitu mengapa kita perlu berada dalam jemaah Islam?

Kemudian solat Maghrib dan bacaan Yasin berjemaah sebelum solat sunat tarawih bersama diimamkan oleh anakanda Kak Zie, (nama apa yea?) yang pulang bercuti dari Jordan.



Majlis ditutup dengan penyerahan kad keahlian dan salam ukhwah.










Klik untuk baca penuh...

Ifthar Nisa' bersama DMPNT & Adik Sekolah


Sori la yea, puas beraya baru nak update kisah Ifthar Nisa' yang lepas...
Ifthar Nisa' Negeri Terengganu bersama pimpinan DMPNT dan adik-adik sekolah sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun. :)









Klik untuk baca penuh...

Motivasi Perdana Remaja


Bersempena dengan peperiksaan PMR, SPM dan STPM yang hampir menjelang, satu program Motivasi Perdana Remaja telah diadakan di Dewan Syifa', Markaz Tarbiyyah Kuala Ibai. Program kerjasama antara Jabatan Pembangunan Remaja DPPKT dan Nisa' Kawasan Kuala Terengganu itu telah dihadiri oleh adik-adik peserta daripada pelbagai cawangan di Kuala Terengganu, malahan juga mendapat sambutan daripada adik-adik dari luar kawasan Kuala Terengganu.

Menanti kedatangan YM Cikgu Raja Ismail bin Raja Shahadan, saudara Afnan menyampaikan amanat buat adik-adik peserta sebagai wakil daripada pihak WAJA, dengan nasihat-nasihat yang berguna dalam mood menghangatkan suasana, diselangi dengan gelak ketawa daripada adik-adik.



Majlis dimulakan hampir pukul 10 pagi dengan alunan bacaan Quran yang merdu daripada saudara Hassan al-Basri, diikuti dengan terjemahan dan huraiannya daripada saudara Afnan. Ayat-ayat Quran dan tafsir yang mengikutinya berkisar mengenai perintah ataupun dorongan daripada Allah S.W.T kepada manusia supaya menjadi orang-orang yang berjaya, menurut kaca mata Islam, iaitu kejayaan yang diungkapkan sebagai mendapat hasanah di dunia dan akhirat.

Pada pukul 10.15 pagi, YM Cikgu Raja Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Pak Engku memulakan ceramah motivasinya. Menurut Pak Engku, kualiti kejayaan seseorang bukan hanya diukur berdasarkan tahap IQ (intelligent quotient) nya, tetapi juga EQ (emotional quotient) dan SQ (spiritual quiotient) seseorang. Pak Engku menegaskan mind setting, atau apa yang difikirkan oleh pelajar itu terhadap dirinya sangat penting, yang memberi impak kepada kejayaannya. Jika seseorang itu yakin boleh melakukannya, maka usaha yang dilakukannya juga akan menjadi sekuat keyakinannya itu, dan insya Allah menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Antara mutiara yang dapat dipelajari oleh adik-adik pada hari ini ialah jika seseorang hidup hanya untuk dirinya, dia mungkin menjadi seorang yang mementingkan diri semata-mata. Oleh itu, salah satu kualiti orang yang berjaya ialah orang yang hidupnya adalah untuk berbakti kepada orang lain.

Ceramah berakhir pada pukul 12.15 tengahari, dan disusuli pula dengan sesi menyampaikan cenderahati daripada pihak penganjur kepada Pak Engku, dan juga sijil-sijil penyertaan kepada kesemua adik-adik. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.




Banner program motivasi kali ini


Sebahagian daripada peserta perempuan yang hadir..



Sebahagian peserta lelaki yang hadir..


Saudara Afnan 'memanas enjinkan' minda adik-adik supaya lebih bersedia di dalam sesi ceramah nanti.



Saudara Hassan al-Basri mengalunkan bacaan al-Quran.


Pak Engku memulakan sesi ceramah motivasi..



Adik-adik yang tekun mendengar...


Pak Engku dengan gayanya yang tersendiri.. Sebenarnya dalam gambar ini Pak Engku sedang mengajak adik-adik untuk muhasabahkan usia kita yang masih tersisa, yang dinisbahkan kepada tali ukur sepanjang 63 inci itu..



Pak Engku cuba menyentuh naluri adik-adik dengan memaparkan gambar-gambar sambutan hari raya di rumah anak-anak yatim. Bertuahnya kita yang sempat menatap wajah ibu dan ayah yang tersayang..
Klik untuk baca penuh...

Sunday, September 13, 2009

Jemputan Untuk Semua...



KLIK UNTUK PERBESARKAN GAMBAR...




















Andai kata anda tidak berkesempatan untuk berjumpa semua sahabat ketika cuti panjang, di sinilah dan pada waktu inilah masa terbaik untuk anda berjumpa dan berkumpul. Sebarkan, ramai ahli alumni sekolah, IPT atau rakan maya bersua di sini. Perantau anak Terengganu akan pulang dan beramah mesra dengan teman lama di sini, anak-anak luar Negeri Terengganu yang merantau ke negeri cantik budaya menarik ini juga mengambil peluang bersama memeriahkan suasana...


InsyaAllah, AJK-AJK Nisa' juga akan menyambut kedatangan anda dengan senyuman dan hidangan raya yang menyelerakan... Jumpa di sana...
Klik untuk baca penuh...

Tuesday, September 8, 2009

Iftor Nisa' bersama Harian DMPNT



Assalamualaikum wrt..

Pada hari Khamis ini, 20 Ramadhan 1430 H (10 September 2009), akan diadakan iftor Nisa' bersama Harian DMPNT, di surau Darul Taqwa, Batu 6. Selepas Maghrib, insya Allah akan disusuli pula dengan solat terawih bersama-sama.



Semua AJK Negeri dan AJK Kawasan dijemput hadir, dan diminta respon kehadiran masing-masing dengan menghantar SMS kepada S/U di nombor 019-9197995.

p/s: Disarankan membawa bersama sedikit kuih yang tidak melebihi RM1.50 setiap seorang.
Klik untuk baca penuh...

Monday, September 7, 2009

Tautan Qalbu (TQ) Nisa' Malaysia


Tamrin Qiadi a.k.a Tautan Qalbu yang berlangsung pada 4-6 September 2009 di Taman Melewar baru-baru ini berjaya menimbulkan kecemburuan di hati admin... hihi...
(Tu la... siapa suruh tak pandai bahagi masa... ha-ha).

OK la... kita tengok gambar-gambar program menarik ni ya...
Next posting baru admin masuk pengisian.

Macam-macam la gaya diorang ni...




Sesi pendaftaran...


Peserta yang hadir... Sabah hantar 9 orang tu.... fly dari Borneo...


Ketua Nisa' Malaysia yang baru, Dr. Rosni Adam





Sesi LDK Ketua-ketua Nisa' Negeri





Ni unit baru yang ditubuhkan oleh Nisa' Johor, Unit Sukan dan Kesenian...





Lagi gambar dan cerita di SINI...
Klik untuk baca penuh...

Walimah Ketua Nisa' Kemaman


Alhamdulillah dan mohon maaf kerana terlambat mengemaskini muatnaik gambar Ketua Nisa' Kemaman, Fawwaz Fazwani yang telah pun selamat diijabkabul dengan Ustaz Alias pada 31 Julai 2009 yang lalu di Masjid Jamek Pengadang Baru.

Kenduri kesyukuran akan diadakan di rumah pengantin perempuan pada Syawal kelima, insyaAllah.

Semoga berbahagia dan Barokallahu laka wa baroka alaika, Wa jama'a bainakuma fii khaiir











Klik untuk baca penuh...

Tuesday, September 1, 2009

Slot Ramadhan bersama Nisa' di IKIM.fm





Slot Ramadhan bersama Nisa' ke udara di IKIM.fm pada setiap Jumaat, jam 5.15 pagi sehingga 5.45 pagi. Harap ahli-ahli daripada setiap negeri dapat call IKIM di talian 03-62046200 secara live pada waktu siaran tersebut, ataupun boleh juga menghantar SMS kepada Dr. Rosni (Ketua Nisa' Pusat) di nombor 019-2644740 pada bila-bila masa, untuk menguar-uarkan program Nisa di sana di sini.
Klik untuk baca penuh...

Friday, August 28, 2009

Nisa' Small Kindness Hulu Terengganu


3N Nisa' Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH atas usaha Nisa' Hulu Terengganu mengadakan Nisa' Small Kindness untuk Ramadhan kali ini.

Matlamat program ini bertujuan membantu anak yatim, ibu tunggal yang layak dan golongan fakir miskin. Bantuan yang disampaikan oleh Nisa' DUN ini berbentuk beras, barangan keperluan dapur, pakaian raya, kad raya Nisa' dan sedikit wang tunai.

Pada tahun ini, program dimulakan di DUN Telemong pada 25 Ogos, diikuti DUN Manir pada 26 Ogos. DUN Kuala Berang dan DUN Ajil akan menyusul akan datang. Program ini akan terus berjalan sepanjang Ramdhan bagi menyalurkan bantuan yang telah disumbangkan oleh orang ramai melalui Nisa'.

Sebarang sumbangan, bolehlah diserahkan atau hubungi Bendahari Nisa' Kawasan Hulu Terengganu iaitu Puan Nurul Akmal Mohd Sidek (0139291522) atau Puan Norazira Mamat (0199599615).



Penolong Bendahari Nisa' Terengganu tak lepas dengan begnya...
banyak duit ke Su? hihi...


Chaiyook Akmal...


Ketua Nisa' Hulu Terengganu, Puan Norzira menyampaikan hamper...





Happy makcik tu dapat duit raya, yea...


Kat kedai ni la kami beli barang...
Boleh bantu mereka, yea tak?

Ho-ho... Happynya semua...







Klik untuk baca penuh...

Mesej Anda


ShoutMix chat widget

Blog Archive

Labels

Statistik

net tracking statistics

Pelawat kami

Laman web yang merujuk kami
Sila-silakanlah link kepada kami :)
 

Nisa' Terengganu Copyright © 2009 Cosmetic Girl Designed by Ipietoon | In Collaboration with FIFA
Girl Illustration Copyrighted to Dapino Colada