Saturday, May 30, 2009

Update gambar

Update gambar sekitar Nisa' Indoor Games 2009 lalu.

Klik di sini.
[Paparan penuh di sini]

Wednesday, May 27, 2009

Surah An-Nur : Buat Wanita

Sekadar Hiasan : Nisa' Indoor Games 2009

Untuk Anak-Anak Gadis Kita

‘ Kaklong, bila dah cukup umur nanti, kena pakai tudung bulat dan stokin ya’

Saya masih ingat pesan ayah saya dahulu. Katanya, bila saya mencapai akil baligh, saya perlu memenuhi kewajiban menutup aurat dengan sempurna. Sekalipun telah diajar sejak kecil lagi untuk menutup aurat, namun ayah saya memberi kelonggaran selagi belum mencapai akil baligh.

Apabila telah sampai masanya, keluarga belah ayah yang agak moden hidupnya pelik dengan hijab kami sekeluarga. Ayah saya bukan ustaz, malah mendapat pendidikan di Amerika Syarikat. Pelik agaknya bila kecil-kecil lagi telah diajar bertudung dan bila sampai masanya di dalam rumah nenek pun bertudung juga.

“Kesian anak-anak Aziz, kena pakai tudung”

Tetapi, ayah saya tidaklah memberatkan. Malah beliau suka anak-anak kecil perempuannya diikat rambut dengan pelbagai jenis ikatan dan dipakaikan baju yang comel-comel semasa belum mumayyiz dan akil baligh.

Namun Alhamdulillah, saya tidak rasa malu apatah lagi segan. Memakai tudung ibarat tindakan berani mati. Lebih baik mati dari dipaksa membuka tudung, begitulah analoginya lebih kurang. Akhirnya, sekarang kesemua ibu saudara saya yang tidak memakai hijab, sudah mengenakannya. Saya akui, berkah nenek saya yang sungguh dekat dengan Allah dan hati ibu-ibu saudara saya yang baik dan lembut hati memudahkan urusan mereka menuju Allah.

Pengenalan Ringkas Surah An-Nur

Surah An-Nur, merupakan surah yang sinonim dengan wanita. Ini kerana penurunannya juga disebabkan seorang wanita mulia, Saydatina Aishah r.a. Disebabkan kamu munafiqin Ummul Mukminin r.a telah difitnah semasa pulang dari peperangan Bani Mustaliq.[1]

Terkedu, hampa dan sedih. Begitulah jiwa isteri Baginda saw tika itu. Namun Allah menyelamatkan maruah wanita mulia dan menurunkan Surah An-Nur.

Surah An-Nur memang sungguh digalakkan untuk para wanita belajar dan memahaminya. Ia merupakan surah yang diturunkan di Madinah secara ijma’. Surah An-Nur mengandungi pelbagai hukum hakam berkaitan wanita, kekeluargaan dan perkahwinan. Di antaranya, hukum qazaf, li’an, aurat, zina dan pelbagai aspek meliputi hukum berkaitan wanita.

Oleh itu, ajarkan ahli keluarga kita akan surah An-Nur. Ini merupakan wasiat para Salafussoleh untuk kita, generasi terkemudian.

Saidina Umar Al-Khattab telah menulis kepada penduduk Kuffah.

“Ajarkanlah wanita-wanita kamu keluarga Surah An-Nur.”

Manakala Saydatina Aishah ra juga tidak ketinggalan menyampaikan pesanan kepada para wanita di zamannya. Kata Saydatina Aishah r.a

” Janganlah hanya mengajar anak-anak gadis kamu, hal memegang alatan dapur mengajar menulis semata-mata, tetapi ajarkanlah anak-anak gadis kamu Surah An-Nur dan menenun benang” [2]

Jika kita boleh menempah baju baru, kasut berjenama, tudung pelbagai fesyen untuk anak gadis kita, mengapa tidak dibekalkan satu khazanah yang boleh diwarisinya?

Kesimpulan

Surah An-Nur juga merupakan salah satu bab tafsir ahkam yang wajib kaum wanita pelajari, jika ingin mendepani kaum liberal terutamanya yang melibatkan hal ehwal wanita. Punca saya berminat mendalami Surah An-Nur juga disebabkan ingin membuat refutation berkenaaan hukum rogol/Iqhtisob dalam kanun Islam yang ditimbulkan oleh puak liberal. Saya berjaya dengan izin Allah menggali beberapa titik prinsip Islam yang saya rungkaikan secara ringkas dalam subjek ‘Research Methodology’ di pengajian sarjana di UIA dahulu berhubung hukum tersebut.

Bermula dengan usrah tahun akhir semasa ijazah di Mesir dahulu, saya dan ahli usrah mengkaji permasalahan wanita. Untuk permasalahan rogol saya menemui dalam Surah An-Nur beberapa hujah kritikal untuk melawan liberalisasi agama.

Mempelajarinya, mendalaminya dan mengajarkannya kepada anak-anak kita, inshAllah memberi mereka bukan sekadar TAHU tetapi MAHU melaksanakan perintah Allah dengan ITQAN (tetap) dan KHUDU’ (tunduk).

Saya juga telah memilih Surah An-Nur sebagai salah satu silibus usrah untuk dibawa dan dikongsi bersama ahli usrah pengendalian saya. Semoga ada manfaat bersama. Untuk saya. Untuk mereka. Untuk generasi kita. Amin.

______________________

[1] Al-Maududi, Abul A’la, Tafsir Surah An-Nur, Cetakan Darul Fikr.
[2] Abu Nur AlHadidi, Muhammad, Syarah Watawdhih Litafsir Ayatul Ahkam Lisyaikh As-sais.

alQasam
24 Mei 09

[Paparan penuh di sini]

Monday, May 25, 2009

Usrah & Brainstorming bersama Bonda

Alhamdulillah... Selesai sudah pertemuan pertama sesi baru Nisa' bersama bonda-bonda yang menjadi penaung dan penasihat pada 22 Mei yang lalu (kebetulan hari lahir Kak Ani, Ketua Nisa' Terengganu). Di sini, 3N akan mencatatkan pesanan-pesanan mutiara kata dari bonda-bonda buat Nisa' yang menjadi penjunjung akal dan budi, membawa syiar Islam.

1) Cikgu Safinah Jusoh (Ketua DMPNT)
Potensi Diri
Setiap diri Nisa' mempunyai potensi diri (keupayaan) yang penuh dengan tenaga, (at the peak of energy) dan telah melepasi Teen Ages yang dipenuhi miserable feelings. Sepatutnya telah membuat keputusan THIS IS MY PLACE, TEMPAT SAYA MENYUMBANGKAN JIWA DAN RAGA, DEDIKASI BUAT ISLAM DAN MENJADI FATATUN MUTA'ADIBAH.

Kenali Sasaran
Dekatilah mad'u iaitu unguided group yang ramai didalamnya remaja wanita. Banyakkan kerjasama dengan Smart Partnership seperti Rakan Didik da NGO-NGO Islam lain.

Social Obligation
"Jadilah umat yang boleh buat kerja : menyeru kepada kebaikan DAN mencegah kemungkaran"
DAN/WA (Bahasa Arab) di sini bermaksud, ianya serentak, yakni tidak boleh dilakukan berasingan. Kerana prinsip jemaah Islam yang melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar inilah menyebabkan timbul banyaknya cabaran dan rintangan dalam melaksanakan perintah tersebut.


2) To' Puan Hajjah Aminah Mohamad (Tinbalan Ketua DMPNT)
Konteks perjuangan Jemaah Islam ialah Muwajahah Bil Silmi (penuh profesional dan kelembutan), gunakan eye contact apabila berkomunikasi. Kebanyakan remaja / golongan muda hari ini telah hilang kemesraan dengan orang-orang dewasa. Manakala pembawa risalah dakwah pula hilang keyakinan untuk berdepan dengan golongan sasaran. Maka, perlu dipupuk kemahiran berkomunikasi pada Nisa' sebagai daie.


3) Hajjah Zarani Othman (Naib Ketua DMPNT)
Petikan dari firman Allah SWT yang bermaksud; "Sekiranya perjuangan Islam itu mudah dan dekat, nescaya ramailah mengikut jalan ini, namun apakan daya, perjuangan Islam ini jalannya jauh dan banyak cabarannya".
Persiapan menempuh cabaran perjuangan;
1) Ilmu
2) Iman
3) Amal


4) Cikgu Raja Hindun Raja Abd. Rahman (Setiausaha DMPNT)
Supaya tak rasa putus asa dalam berjuang, ingatlah;
"Perjuangan ini adalah perjuangan menegakkan agama Allah, yakinlah kita akan mendapat keberkatan dalam kehidupan". Setiap peringkat yang kita sumbangkan, akan ada saham di akhirat, insyaAllah.
Jangan susah hati apabila diuji dengan kata-kata dari orang, anggap ianya sebagai teguran dari Allah SWT untuk kita.
Berdoa supaya dikurniakan pasangan yang memahami, manakala yang telah mempunyai anak, jangan susah hati, banyakkan berdoa dan teruskan gerakerja kerana yang berkuasa ke atas manusia dan mendidik anak-anak ialah Allah SWT.


5) Hajjah Zaiton Soleh (Bendahari DMPNT)
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh qudwah hasanah yang baik"
Semua pejuang ada tangga dan semuanya bermula dari tangga bawah. Bermulalah dari bawah (cawangan), jangan bermula dari atas. Kalau duduk di atas, kedudukannya sedap tapi ngeri.

Pendidikan bermula dari rumah. Jika didik anak-anak, utamakan pendidikan Islam yang baik. Fahami kehendak agama setiap individu. Kerana itu, kerja Nisa' bukannya mudah, lihat ke bawah dan di sana ada cabaran, ada juga pahala. Usah bimbang mengenai kerja yang dilakukan kerana ianya amal jamaie, back-up secara bersepadu. Kerja jemaah tidak boleh diajar tapi boleh belajar.

Rezeki : Allah akan bantu. Jika kita nak kebaikan, Allah akan bagi kebaikan.

6) Hajjah Hazezah Md Zain (Ketua Penerangan DMPNT)
Perjuangan Islam tidak ada FULL STOP.


[Paparan penuh di sini]

Sunday, May 17, 2009

Usrah Brainstorming


Usrah dan brainstorming bersama bonda-bonda DMPNT. Dijemput kepada pimpinan Nisa' sesi lepas dan ahli-ahli Nisa' yang baru untuk hadir bagi memantapkan lagi gerakerja Nisa' Terengganu.

Tarikh : 22 Mei 2009 (Jumaat)
Masa : 10 Pagi
Tempat : Pejabat BPPNT

(^_^) : Kalau nak peta, tinggalkan alamat email kat chatbox ye... (tak termasuk Ayu n Kak Azza yang dah maklum awal-awal...hihi)
[Paparan penuh di sini]
 

©2009 . | by TNB