Thursday, July 16, 2009

Keluarga Marwa Dakwa Polis Jerman

Perkembangan kes sebelum ini.

KELUARGA Marwa Al-Sharbini akan mendakwa seorang polis Jerman yang telah menembak suami Marwa di ruang pengadilan kota Dresden. Menurut Khalid Abu Bakar dalam wawancara dengan press TV, pihaknya akan mengenakan tuduhan percubaan membunuh terhadap suami Marwa.

Suami Marwa ditembak semasa berusaha melindungi isterinya yang diserang dengan senjata tajam oleh pemuda Jerman bernama Alex yang juga tetangga mereka semasa berlaku proses pengadilan, dimana Marwa hadir sebagai pendakwa. Marwa menuntut Alex, kerana telah menyebutnya sebagai pengganas hanya kerana Marwa seorang Muslim dan bertudung menutup aurat.

Tetapi tanpa disangka di ruang sidang, Alex menikam dan menusuk Marwa sebanyak 18 kali hingga meninggal dunia. Sedangkan suami Marwa yang berusaha menolong isterinya, ditembak oleh polis yang mengawal ruang mahkamah. Akibat tembakan itu, suami Marwa mengalami luka serius. Kerajaan dan media massa Jerman tidak menanggapi kes ini dengan serius.

Saudara lelaki Marwa, Tarek Al-Sharbini yang baru pulang dari Jerman untuk membawa jenazah Marwa mengatakan semasa di Jerman ia diwawancara sebuah akhabar dan tv negara itu, tapi langsung tak keluar berita. Media dan kerajaan Jerman sejak awal berusaha menutup kes ini, bahkan baru secara rasmi menyampaikan dukacita pada kerajaan Mesir negara asal Marwa, setelah 10 hari terjadi. Ada pejabat-pejabat di Jerman melarang press TV, untuk melakukan wawancara dengan suami Marwa.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sikap media dan pemerintah Jerman terhadap kes Marwa menunjukkan biasnya negara-negara Barat dalam menangani kebiadaban perkauman dan Islamofobia yang menimpa Muslim di negeri itu. Polis Jerman juga telah gagal melindungi korban kerana kejadian itu terjadi dalam ruang mahkamah. Polisi Jerman juga dinilai tidak betul kerja kerana tidak dapat mengenali mana yang suami Marwa dan mana yang menyerang Marwa. (AK)

1 komen diterima:

Anonymous said...

Islamofobia, itu kata kita.. Tapi bagi golongan non-Muslims, apa yang dianggap oleh mereka, iaitu Muslims itu ganas, terbit lantaran peristiwa demi peristiwa berdarah yang mereka saksikan dan mungkin alami. Kenapa tidak kita cuba memahami golongan non-Muslims yang sesungguhnya masih 'tidak tahu' ini. Kenapa kita tidak menangani sikap provokatif mereka dengan cara yang 'sebaliknya' dari sikap mereka itu sendiri, seperti yang telah ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. Benar, tragedi ini sungguh kejam, dan menyayat hati, dan seolah-olah telah dirancang. Namun, penyelesaian yang diambil sebelum kejadian itu, adalah kurang bijak, kerana menyelesaikan isu sebegitu melalui sistem kehakiman yang ditadbir oleh golongan2 yang 'tidak tahu' atau mungkin 'menentang Islam walaupun telah tahu kebenaranya' dan 'tidak mendapat hidayah' ini.. Masalah Muslims cuba diselesaikan oleh golongan non-Muslims? Keputusan yang dicapai juga agak mencabar keegoan Musyrik-musyrik di sana.. Api jangan dipadamkan dengan api.. Maafkan saya sekiranya pendapat ini agak kontra, namun saya lebih suka memandang pendekatan secara psikologi, dan berhikmah.. Allahu 'Alam..

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB