Sunday, August 31, 2008

Jamuan Sambil Menderma

Alhamdulillah, jamuan sambil menderma Nisa' Terengganu telah berjaya dilaksanakan di perkarangan Masjid Rusila pada hari Jumaat, 29 Ogos 2008. Menu yang disediakan ialah nasi putih dan sup daging beserta lauk sampingan. Jamuan sambil menderma ini turut dijayakan oleh Unit Amal Marang. Jumlah kutipan derma yang diperoleh ialah sebanyak RM1000. Alhamdulillah...


Gambar-gambar sekitar jamuan sambil menderma


Sempat melemparkan senyuman di waktu sibuk...




Terima kasih Unit Amal Marang... Sentiasa senang hati membantu




Si comel yang hadir...










[Paparan penuh di sini]

Wednesday, August 27, 2008

Vest Nisa'


Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...

Vest untuk AJK Nisa' Negeri Terengganu telah pun siap. Anda berminat mendapatkannya?
Hubungi Ketua Nisa' Terengganu (Kak Ani), harganya cuma RM 30 sahaja. Kalau nak letak nama, sendiri-sendiri la ya...

First Pay Come, First Serve... @tongue

Oh ya... untuk Jamuan Sambil Menderma lusa (Jumaat), diminta semua JK datang seawal jam 6.30 PAGI dan bawa vest masing-masing kerana kita ada sesi fotografi untuk kad hari raya Nisa' Terengganu. Okay? See yaa...
[Paparan penuh di sini]

Monday, August 25, 2008

Nisa' Small Kindness

InsyaAllah Nisa' Negeri Terengganu akan mengadakan program amal sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak ini. Program ini merupakan kerjasama dengan Nisa' Kawasan Kuala Nerus. Sebanyak 40 buah keluarga fakir miskin akan dipilih dan diberikan sumbangan berupa barangan bernilai RM100. Antara barangan keperluan adalah beras, gula, gandum, biskut dan susu . Sumbangan amat-amat diperlukan samada berupa kewangan ataupun barangan. Berikut butiran program:
Tarikh: 5 Ramadhan 1429H
Tempat: Sekitar Kuala Nerus
Jadi kepada sesiapa yang ingin menyumbang sempena Ramadhan yang mulia ini, jangan ketinggalan untuk menghulurkan sumbangan anda dan berhubung melalui Cik Asma' (013-9199 246) atau Cik Rohani (013-981 5818)
[Paparan penuh di sini]

Jamuan Sambil Menderma

Jamuan Sambil Menderma merupakan 'tradisi' Nisa' Terengganu untuk mengumpul dana bagi menjayakan program-program Nisa' akan datang. Jamuan terdekat ini bertujuan untuk mengumpul dana Nisa' Indoor Games yang dijadualkan bulan Oktober nanti. Berikut butiran program;

Tarikh: 29 ogos 2008
Tempat: Perkarangan Masjid Rusila, Marang
Waktu: 7 pagi - 12 tengahari

Dijemput semua untuk menjamu selera dan menderma! Jika berminat untuk menjadi tenaga kerja jamuan sangat2 dialukan. Harap datang awal ya...!
[Paparan penuh di sini]

Friday, August 8, 2008

Sekitar Team Building & Group Binding

Pertamanya, bagi pihak admin blog Nisa' Terengganu ingin memohon kemaafan atas kelambatan mengemaskini laman ini. Segala-galanya atas kelemahan dan khilaf dari admin sendiri. Di sini saya paparkan gambar-gambar sekitar Team Building Nisa' Negeri Terengganu yang telah berlangsung pada 31 Mei 2008 dan Group Binding AJK pada sebelah tengah malamnya.

Kak Mastura, Pengarah Nisa' Pusat bersama
Kak Zinnirah, Setiausaha Nisa' Pusat


Match Kerusi yang mendebarkan...


Match Buaya



Nisa' Kawasan Dungun


Nisa' Besut menyatakan pandangan.
Beliau seorang pemain badminton


Kak Dah, Nisa' Kuala Nerus


Adik-adik Nisa' tekun mendengar


Nisa' Setiu


Timbalan Pengarah Nisa' Pusat, Dr. Rosni pun ada!


Group Binding bermula jam 11 malam


[Paparan penuh di sini]

Tuesday, August 5, 2008

Bowling Nisa' DUN Bandar

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...



[Paparan penuh di sini]
 

©2009 . | by TNB