Saturday, October 31, 2009

Jom Kita Teka

Di sini Crew 3N nak ajak pembaca blog Nisa' untuk meneka apakah benda ni? Anda nak panggil basikal ke, motor ke atau nama baru?







Ini adalah kenderaan salah seorang pengunjung gerai Nisa' semasa Sambutan Jubli Perak PASTI baru-baru ini. Kerana terlalu ingin bermain dart yang kami sediakan, budak tersebut merayu-rayu untuk bermain antara waktu Maghrib dan Isyak'. Tapi, memandangkan telah masuk waktu, kami meminta adik-adik ni pergi solat berjemaah dulu...

Sambutan gerai pameran dan permainan Nisa' amat hangat.
Nanti akan kami kemaskini beserta gambar ok?
[Paparan penuh di sini]

Monday, October 26, 2009

Struktur Nisa' Negeri dan Kawasan

Sila klik mana-mana carta organisasi di bawah untuk besarkan paparannya.






















[Paparan penuh di sini]

Saturday, October 3, 2009

Ifthar Nisa' DUN Wakaf Mempelam

Sekitar ifthar Nisa' DUN Wakaf Mempelam yang diadakan di Chalet ANZ di Durian Burung. Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas oleh tuan rumah, Kak Zie sebelum berbuka dengan hasil air tangan Kak Zie sendiri. Kak Zie menyampaikan peringatan asas iaitu mengapa kita perlu berada dalam jemaah Islam?

Kemudian solat Maghrib dan bacaan Yasin berjemaah sebelum solat sunat tarawih bersama diimamkan oleh anakanda Kak Zie, (nama apa yea?) yang pulang bercuti dari Jordan.



Majlis ditutup dengan penyerahan kad keahlian dan salam ukhwah.










[Paparan penuh di sini]

Ifthar Nisa' bersama aktivis gerakan Islam & Adik Sekolah

Sori la yea, puas beraya baru nak update kisah Ifthar Nisa' yang lepas...
Ifthar Nisa' Negeri Terengganu bersama aktivis-aktivis gerakan Islam dan adik-adik sekolah sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun. :)









[Paparan penuh di sini]

Motivasi Perdana Remaja

Bersempena dengan peperiksaan PMR, SPM dan STPM yang hampir menjelang, satu program Motivasi Perdana Remaja telah diadakan di Dewan Syifa', Markaz Tarbiyyah Kuala Ibai. Program kerjasama antara Jabatan Pembangunan Remaja DPPKT dan Nisa' Kawasan Kuala Terengganu itu telah dihadiri oleh adik-adik peserta daripada pelbagai cawangan di Kuala Terengganu, malahan juga mendapat sambutan daripada adik-adik dari luar kawasan Kuala Terengganu.

Menanti kedatangan YM Cikgu Raja Ismail bin Raja Shahadan, saudara Afnan menyampaikan amanat buat adik-adik peserta sebagai wakil daripada pihak WAJA, dengan nasihat-nasihat yang berguna dalam mood menghangatkan suasana, diselangi dengan gelak ketawa daripada adik-adik.



Majlis dimulakan hampir pukul 10 pagi dengan alunan bacaan Quran yang merdu daripada saudara Hassan al-Basri, diikuti dengan terjemahan dan huraiannya daripada saudara Afnan. Ayat-ayat Quran dan tafsir yang mengikutinya berkisar mengenai perintah ataupun dorongan daripada Allah S.W.T kepada manusia supaya menjadi orang-orang yang berjaya, menurut kaca mata Islam, iaitu kejayaan yang diungkapkan sebagai mendapat hasanah di dunia dan akhirat.

Pada pukul 10.15 pagi, YM Cikgu Raja Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Pak Engku memulakan ceramah motivasinya. Menurut Pak Engku, kualiti kejayaan seseorang bukan hanya diukur berdasarkan tahap IQ (intelligent quotient) nya, tetapi juga EQ (emotional quotient) dan SQ (spiritual quiotient) seseorang. Pak Engku menegaskan mind setting, atau apa yang difikirkan oleh pelajar itu terhadap dirinya sangat penting, yang memberi impak kepada kejayaannya. Jika seseorang itu yakin boleh melakukannya, maka usaha yang dilakukannya juga akan menjadi sekuat keyakinannya itu, dan insya Allah menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Antara mutiara yang dapat dipelajari oleh adik-adik pada hari ini ialah jika seseorang hidup hanya untuk dirinya, dia mungkin menjadi seorang yang mementingkan diri semata-mata. Oleh itu, salah satu kualiti orang yang berjaya ialah orang yang hidupnya adalah untuk berbakti kepada orang lain.

Ceramah berakhir pada pukul 12.15 tengahari, dan disusuli pula dengan sesi menyampaikan cenderahati daripada pihak penganjur kepada Pak Engku, dan juga sijil-sijil penyertaan kepada kesemua adik-adik. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.




Banner program motivasi kali ini


Sebahagian daripada peserta perempuan yang hadir..



Sebahagian peserta lelaki yang hadir..


Saudara Afnan 'memanas enjinkan' minda adik-adik supaya lebih bersedia di dalam sesi ceramah nanti.



Saudara Hassan al-Basri mengalunkan bacaan al-Quran.


Pak Engku memulakan sesi ceramah motivasi..



Adik-adik yang tekun mendengar...


Pak Engku dengan gayanya yang tersendiri.. Sebenarnya dalam gambar ini Pak Engku sedang mengajak adik-adik untuk muhasabahkan usia kita yang masih tersisa, yang dinisbahkan kepada tali ukur sepanjang 63 inci itu..



Pak Engku cuba menyentuh naluri adik-adik dengan memaparkan gambar-gambar sambutan hari raya di rumah anak-anak yatim. Bertuahnya kita yang sempat menatap wajah ibu dan ayah yang tersayang..
[Paparan penuh di sini]
 

©2009 . | by TNB