Saturday, November 29, 2008

Nisa' Indoor Games Kawasan K. Terengganu

Meriah, Ceria, Mesra... mungkin inilah kata-kata yang sesuai ditujukan buat Nisa' Indoor Games peringkat kawasan Kuala Terengganu. Setiap peserta menikmati permainan yang disediakan dengan ceria walaupun hujan lebat di luar dewan. Permainan ini dilangsungkan di Markaz Tarbiyyah Kuala Ibai pada pagi Sabtu (29 November) bermula jam 8 pagi hingga 1 tengahari.

Menariknya, penyertaan permainan kali ini dibuka kepada semua peserta tanpa penyertaan terhad. Semua peserta juga membawa pulang cenderamata setiap orang. Perbezaan Nisa' Indoor Games Kawasan Kuala Terengganu dengan kawasan lain ialah mereka turut menyediakan permainan catur.

Setelah selesai cabaran permainan antara DUN Bandar, DUN Batu Buruk, DUN Ladang dan DUN Wakaf Mempelam, slot yang tidak akan dilepaskan oleh urusetia sendiri iaitu bermain permainan dam ular atau snake and ladder yang memang telah lama ditungu-tungu.... heh heh...

Check... mek eh silap... check-mate!


Ha... HPA kena bayar Ketua Nisa' Terengganu ni, buat iklan pulak...


Ni antara urusetia yang nak lawan peserta... cuba teka, sape menang?


Ni AJK Nisa' DUN Bandar yang komited sehati sejiwa secolor baju


Acara penyampaian hadiah


Kita jumpa lagi nanti ya...


Kak Ani, Ketua Nisa' Terengganu menyampaikan amanat dan harapan


Serius tu...


Ni lagi antara AJK yang dibuli adik-adik Nisa'


Kak Pah dah ready nak lambung dadu tu...


Gerai jualan yang dibuka oleh Pegawai Kewangan Nisa' Negeri...
sukanya Jihah bila jualan laris...


Ni la permainan ceper...

Kita jumpa dalam Nisa' Indoor Games peringkat negeri nanti k....
[Paparan penuh di sini]

Friday, November 28, 2008

Lagi Jemputan Walimah



Jemputan buat sahabat-sahabat Nisa' yang mengenali, ke majlis perkahwinan Pegawai Kewangan Nisa' Negeri Terengganu iaitu Kak Wafa. Klik pada kad untuk paparan lebih besar...

@lol@smile@blink@sinchan@musik@nggaya@blink@smile@lol


[Paparan penuh di sini]

Thursday, November 27, 2008

Nisa' Indoor Games DUN Ajil

Alhamdulillah, 3N bagi pihak Nisa' Negeri Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dan sangat berbangga dengan usaha pimpinan muslimat DUN Ajil yang telah berjaya menganjurkan Majlis Penerangan serentak dengan Nisa' Indoor Games. Ini adalah acara tahunan pertama bagi Kawasan Hulu Terengganu yang berjaya dilaksanakan di peringkat DUN. Alhamdulillah.... Dwi-program ini dijalankan pada hari Selasa, 25 November 2008.

Sebagai menghargai usaha gigih dan keceriaan adik-adik yang menyertai kami pada hari tersebut, Kak Ani selaku Pengarah Nisa' Terengganu telah menghadiahkan board dan dadu gergasi Snake n Ladder yang kami gunakan dalam pertandingan Nisa' Indoor Games peringkat kawasan... Tahniah ye...


Kak Su, Ketua UPI sedang mengadili congkak


Peace... Kak Ani...



Inilah orang kuat Nisa' Negeri, takde diorang, tak jalan program...
Pegawai dan Penolong Pegawai Kewangan Nisa' Terengganu... heh...heh...


Baling dik... jangan tak baling dadu tu...


Sengit tu... satu petak berdua...


Hoh... sambut, jangan tak sambut dik...


Tu dia... ular dah siap tunggu nak ngap je...


Group yang bermain congkak



Sesi penerangan

Kita jumpa dalam Nisa' Indoor Games di peringkat negeri nanti...
Orait...
[Paparan penuh di sini]

Jemputan Majlis Perkahwinan

Berikut adalah jemputan ke majlis walimah bekas Setiausaha Nisa' Negeri Terengganu, Normala atau Kak Mala. Jemputan adalah untuk semua AJK Nisa' yang mengenali beliau. Klik pada gambar untuk besarkan paparan k...

Barokallahu laka wa baroka alaika
Wa jama'a bainakuma fii khaiir
[Paparan penuh di sini]

Wednesday, November 19, 2008

Team Building Nisa' Dungun

Gambar sekitar perasmian penutup Team Building Nisa' Kawasan Dungun

Tarikh : 15 November 2008 (Sabtu)
Tempat : Dahima's Guest House
* Credit to Wan Nusaibah Asiah untuk beberapa gambar








Pemenang Nisa' Indoor Games





Ketua Muslimat PAS Kawasan Dungun, Hjh. Khairiah Mokti @
Mok Teh menyampaikan harapan buat Nisa'




Moderator penghibur - Kak Fawwaz


Untuk gambar lain, boleh jenguk ke galeri Nisa' Terengganu.


@sinchan@senam@nggaya
[Paparan penuh di sini]
 

©2009 . | by TNB