Friday, March 13, 2009

Syarie' First!

Berfesyen atau bergaya memang seronok. Ini kerana apabila kita mempunyai imej yang menarik secara tidak langsung orang lain dapat menilai kita. Tambahan lagi bagi anda yang bekerjaya. Pasti inginkan imej yang menarik. Selain itu melalui pakaian seseorang juga boleh memberikan penampilan yang pelbagai.



Antaranya anda akan tampak lebih muda, tua, kurus,dan gempal.
Paling menyeronokkan apabila pakaian yang dikenakan oleh anda
mendapat pujian daripada suami dan rakan. Walaubagaimanapun dalam keasyikan kita berfesyen jangan sesekali melanggar syariat yang ditetapkan. Jangan kerana ingin cantik, dosa bertambah. Mari kita lihat apa fesyen seoarang muslimah.

  • Tidak Memakai Pakaian Yang Ketat sehingga menampakkan susuk tubuh anda. Selain itu ia tidak disukai didalam Islam, pakaian ini juga boleh menyebabkan kesihatan anda terganggu. Terutamanya perjalanan darah. Rasululullah s.a.w pernah melihat isteri seorang sahabat yang memakai pakaian yang diperbuat daripada kain tebal, tetapi menampakkan bentuk badannya. Lantas baginda menegur kepada suaminya."Suruhlah dia memakai baju dalam di sebaliknya kerana aku bimbang ia menggambarkan bentuk tulangnya".(Sunan al-Baihaqi dengan sanad yang hasan)

  • Melabuhkan tudung ke paras dada. Tujuan melabuhkan tudung hingga menutupi dada adalah sangat baik supaya ia tidak menjadi perhatian.

  • Tidak memakai pakaian yang jarang. Pakaian yang jarang adalah bukan pakaian seorang muslim sebenarnya. Memakai pakaian yang jarang umpama kita tidak memakai pakaian."Rasulullah bersabda, pada akhir umatku nanti akan ada wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang".(Mu'jam al-Thabrani dengan sanad yang sahih)

  • Tidak memakai pakaian yang menyerupai lelaki. Anda dilahirkan didalam fitrah seorang perempuan mengapa perlu bertukar menyerupai lelaki ? Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya,"Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki".

  • Menutup aurat sepenuhnya. Sebagai seorang muslim sudah seharusnya kita menutup aurat sepenuhnya walaupun hanya sehelai rambut. Allah s.w.t berfirman, "dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."(Surah an-Nur ayat - 31)

Syariat menjadi tempat pertama dalam berpakaian. Fesyen? Apapun fesyen anda, biarlah tidak melanggar batas syarie. Semoga ianya dapat menjadi panduan kepada kita semua. @kembar

* Sekadar gambar hiasan





[Paparan penuh di sini]

Thursday, March 12, 2009

Man Jadda Wa Jada

Man Jadda Wa Jada ialah sebuah pepatah Arab yang maksudnya dalam Bahasa Melayu ialah "Siapa Yang Berusaha, Dia Akan Berjaya". Sememangnya sesiapa sahaja yang melakukan sesuatu, hendaklah dengan bersungguh-sungguh, dan insyaAllah kejayaan menjadi hasilnya. Tak kiralah "siapa" itu, ditujukan kepada manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi mahupun binatang yang diciptakanNya... :)

Mari kita lihat satu usaha yang boleh dijadikan inspirasi... :)

Pada suatu hari, seekor siput (babi/khinzir)? ;)
sedang berjalan-jalan mencari rezeki...
sampai di tepi sebuah jurang...

Ya Allah... dalam jugak ni... macamana nak gi seberang sana?


Jambatan pong rendoh sangat... Tangga pun tak dok...
(siput cakap bahasa tganung) ;)


Isk... redoh gok la... tawakal, cuba... Bismillah...


Iyarh... nasib baik Allah ciptakan aku ni elastik...
cuba... 1,2,3... hoh, sampai pon...


Boleh wat panjang lagi ni... iyarhhh...
Alamak... cangkerang berat da... nasib baik tak tergolek...


Phuh... Ya Allah... selamatkanlah hambaMu ini...
Habis reng panjang doh ni...


Iyah... lompat!
ALHAMDULILLAH..............

Tidak Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia,
menjadi petunjuk dan pengajaran bagi orang yang berfikir

[Paparan penuh di sini]

Wednesday, March 11, 2009

Muslimat Boleh!

Mulai posting ini, admin akan meletakkan beberapa artikel bermanfaat sebagai perkongsian. Terima kasih atas cadangan dari pengunjung tetap blog ini iaitu Adk dan Saudara Afnan :okay:
Jika anda berminat untuk menghantar tulisan anda sebagai manfaat bersama , dialu-alukan dan boleh berbuat demikian dengan menghantar email ke nisa_ganukite[at]yahoo.com.my.

OK, mari kita lihat saudara seIslam kita di Yaman, iaitu golongan petani wanita di sana. Mereka telah membuktikan bahawa berhijab tidak menghalang kerja seharian. Islam Boleh!





Mereka nampak cute dengan topi-topi tu... :inlove:
[Paparan penuh di sini]

Sunday, March 1, 2009

Jemputan Walimah

Yang mengundang di tengah-tengah. Girl in purple :)

Diundang kepada semua pengunjung yang mengenali Saudari Naajhah Azahar (terutamanya yang pernah bekerjasama kami ketika PRK PO36)untuk menghadiri jemputan berikut. Beliau yang merupakan Penolong Pegawai Kewangan Nisa' Terengganu mengundang dengan sukacitanya :

Klik untuk perbesarkan paparan. :)


@ayuk@love@gatau@nggaya@sinchan
[Paparan penuh di sini]
 

©2009 . | by TNB