Friday, December 25, 2009

Program Tautan Puteri DUN Bukit Payung

Pada 25hb Disember 2009 (Jumaat) satu program yang dinamakan sebagai Program Tautan Remaja Perempuan telah diadakan di PASTI Tok Dir, di DUN Bukit Payung. Program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada adik-adik ini lebih merupakan program pengisian rohani sebagai persediaan adik-adik menempuh kehidupan di masa akan datang.

Pendaftaran dan makan pagi telah bermula seawal 8.00 pagi. Lebih kurang pada pukul 8.30, pengerusi majlis memulakan kata-kata aluan, dan seterusnya YB Ustaz Mohd Nor menyampaikan amanat ringkas sebelum merasmikan majlis.

Kemudian, pada pukul 9.00 pagi, ceramah motivasi yang bertajuk "Cintai Islam" telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Isa bin Daud. Ceramah selama lebih kurang 45 minit ini kemudiannya disusuli dengan rehat/ minuman ringan sekali lagi.

Seterusnya pada pukul 10.00 pagi, Ustaz Mohd Sham bin Abu Bakar telah mengelolakan sesi Bengkel Tajwid lebih kurang selama 2 jam. Ia kemudiannya disusuli dengan makan tenghari dan solat zohor berjemaah sehingga pukul 2.00 tenghari.

Sesi yang dinanti-nantikan oleh adik-adik bermula pada pukul 2.00 petang, iaitu sesi Kuiz Fardhu Ain. Pada awalnya, tiada peserta yang berani tampil ke hadapan untuk menjawab soalan, sehinggalah seorang peserta cilik berusia 6 tahun telah memecahkan keheningan dengan mendahului menjadi peserta kuiz ini. Kuiz kemudiannya berjalan rancak selama 1 jam, dengan 30 hadiah yang disediakan selesai dibahagikan kepada peserta-peserta yang menjawab dengan tepat.

Program kemudiannya diteruskan dengan Bengkel Solat oleh Ustaz Fauzi bin Yusof, seorang Pensyarah di UDM. Bengkel yang lebih berbentuk kepada ceramah kesedaran untuk mengerjakan solat ini, dilihat telah berkesan menyentuh hati para peserta agar bersungguh-sungguh mengejar kejayaan di dunia dan akhirat melalui solat.

Selepas sesi minum petang, dan solat Asar berjemaah, majlis berakhir lebih kurang pada pukul 5 petang. Walaupun majlis telah berakhir di sini, namun diharapkan pengisian yang diperolehi daripada program ini akan membawa kesan kepada langkah adik-adik yang seterusnya di dalam menjalani kehidupan mereka. Amien..





Adik-adik peserta memenuhi ruang majlis. Ni ada lagi yang tak sampai lagi ni.. Alhamdulillah, sambutan yang sangat menggalakkan..

Pengerusi majlis memulakan ucapan alu-aluan.
YB Ustaz Mohd Nor menyampaikan amanat dan merasmikan majlis.

Ustaz Mohd Isa bin Daud di dalam sesi ceramah motivasi bertajuk "Cintai Islam".
Ustaz Mohd Sham bin Abu Bakar di dalam Bengkel Tajwid.
"Posing sket dik.." Hehe.. Ni semasa sesi rehat tengahari, sambil menunggu waktu solat Zohor.
Solat Zohor berjemaah.
Adik-adik khusyuk mengalunkan zikir munajat.

Ustaz Fauzi bin Yusof di dalam Bengkel Solat.
[Paparan penuh di sini]

Friday, December 18, 2009

Movie Criticize Alur Limbat

Pada tengahari tadi, 18hb Disember 2009, Nisa' Movie Criticize telah diadakan di Surau Sri Wangi, Pengadang Baru. Pendaftaran bermula seawal 2.30 petang, dan lebih kurang pada pukul 3.15 petang, majlis dimulakan.

Kak Baity selaku Ketua 3N memulakan majlis dengan membuat tayangan video ringkas untuk memperkenalkan apa itu Nisa' kepada adik-adik yang hadir. Kemudian, Ketua Muslimat Alur Limbat menyampaikan amanat yang ringkas dan padat kepada adik-adik, sebagai peringatan bersama.

Tayangan filem berlangsung lebih kurang selama 2 jam, dan disusuli dengan sesi kuiz, untuk menguji penghayatan adik-adik kepada filem berkenaan. Selepas sesi jamuan ringkas, majlis disudahi dengan penyerahan kad-kad ahli kepada ahli-ahli yang telah berdafatar.


Adik-adik mula mengambil tempat.
Kak Seha dan Kak Baity menyelesaikan persiapan tayangan video.
Adik-adik sedang mendaftar.

Adik-adik menunggu dengan sabar.
Kak Baity memulakan majlis dengan sesi pengenalan Nisa'.

Majlis tayangan filem dimulakan. Adik-adik khusuyuk menonton.
Adik-adik yang berjaya menjawab soalan kuiz menerima hadiah.
Jawab dik.. Jangan malu-malu..
Ketua Nisa' Alur Limbat menyampaikan kad keahlian Nisa'.
[Paparan penuh di sini]

Thursday, December 17, 2009

Program Qiamullail di Kuala Nerus

Pada 11 Disember, petang Jumaat yang lalu, wakil-wakil daripada Nisa' Negeri bertolak ke rumah Doktor Faridah untuk menyertai program qiamullail yang dianjurkan oleh tuan rumah, selaku salah seorang yang aktif di dalam aktiviti gerakan Islam di kawasan Kuala Nerus. Program itu juga dihadiri oleh doktor-doktor perubatan yang seangkatan dengan tuan rumah.

Aktiviti program dimulakan seawal petang Jumaat, iaitu sesi bertaaruf sesama jemaah yang hadir. Kemudiannya, para jemaah solat berjemaah Maghrin dan Isyak dengan diimamkan oleh tuan rumah.

Seusai menjamu selera, iaitu makan malam, program diteruskan dengan sesi tazkirah oleh Ustaz Kamaruzaman Abdullah, dengan tajuk "Adakah duniaku untuk akhiratku".

Selepas tidur, dan selesai mengerjakan qiamullail berjemaah, sesi ta'aruf disambung kembali, dan program berakhir pada pagi Sabtu, 12hb Disember. Semoga program tersebut dapat membentuk pelapis penerus perjuangan Islam yang kuat mental dan spiritualnya. Amien..


Sembahyang Isyak berjemaah

Jamuan makan malam.
Tazkirah oleh Ustaz Kamaruzaman Abdullah


Selepas qiamullail, sesi ta'aruf disambung semula.


Bergambar kenangan bersama tuan rumah, Dr. Faridah
[Paparan penuh di sini]

Slot Aurat dalam Kem Fiqh Wanita Nisa' DUN Ladang




[Paparan penuh di sini]

Wednesday, December 2, 2009

Nisa Indoor Games @ Dungun

Sila klik untuk besarkan saiz paparan.

[Paparan penuh di sini]

Kem Fiqh Wanita

Sila klik gambar di bawah untuk melihat saiz penuh/lebih besar.





[Paparan penuh di sini]

Sunday, November 22, 2009

Team Building Nisa' Terengganu: Ceria Bermotivasi

Nisa’ Negeri Terengganu telah mengadakan Team Building peringkat Negeri Terengganu di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI), Kubang Lembek, Manir pada 20 November 2009 yang lalu. Kehadiran peserta sangat memberangsangkan terutamanya dari beberapa institusi pendidikan sekitar Terengganu dan AJK-AJK Nisa’ peringkat kawasan. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Ketua Nisa’ Terengganu, saudari Rohani Ramli dan ucapan oleh Dr Rosni Adam selaku Pengarah Nisa’ Malaysia . Team Nisa’ Malaysia turut serta hadir membentangkan organisasi baru serta perjalanan misi dan visi Nisa’ Pusat.

Untuk teambuilding kali kedua ini, penekanan terhadap Nisa’ Attitude yang diambil dari surah Al-Furqan, juga dibentangkan sebagai bekalan buat penggerak dan ahli Nisa’. Antara penekanan dalam Nisa’ Attitude ialah merangkumi spiritual, mental, emosi, mujahadah, rahmat dan ukhwah. Sebagai daie muda, kerja berdakwah seumpama “fishing” atau memancing yang memerlukan persiapan minda dan sentiasa positif dalam memfokuskan usaha.

Teambuilding kali ini turut diisi dengan dialog bersama Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Puan Hajjah Zaroni Othman, Pengarah Nisa’ Pusat dan Ketua Nisa’ Terengganu. Pelbagai persoalan dilontarkan oleh peserta terutamanya dalam menjelaskan matlamat dan pendekatan dakwah Nisa’.

Selain pembentangan halatuju Nisa’ di bawah organisasi baru, pembentangan slot motivasi “Kenali Potensi Diri” oleh Ketua Unit Pembangunan Insan, Asyanti Abu Bakar menarik minat peserta-peserta terutamanya ahli Nisa’ di kalangan pelajar. Pembentangan yang bertujuan membantu jawatankuasa mengenalpasti kelebihan dan kelemahan penggerak Nisa’ ini juga memberi pengetahuan buat adik-adik yang sedang belajar bagi mengetahui potensi dalam bidang pelajaran masing-masing, selain memupuk sikap positif dalam kehidupan.

Slot Public Speaking yang mencungkil keberanian dan kepetahan peserta dalam pengucapan awam juga menimbulkan keseronokan apabila ia dimulakan dengan pembahagian dadu diiringi lagu Nur Kasih. Setiap peserta nampak ceria namun gementar kerana bimbang jika terkena giliran mereka untuk membuat pengucapan awam.

Kehadiran adik-adik peserta yang ceria dan bersemangat seakan membawa satu harapan dalam kanvas perjuangan Nisa’ Negeri Terengganu. Tiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Diharapkan Team Terengganu akan terus ke hadapan dalam merencana pelbagai aktiviti untuk dakwah islami khususnya buat remaja perempuan dan wanita pertengahan usia.

Program terdekat yang bakal dianjurkan oleh Nisa’ Malaysia ialah Konsert Untukmu Wanita dan penerbitan Majalah Nisa’. Semoga Nisa’ akan terus mengatur langkah dengan kemas dan menjadi wadah pilihan buat golongan remaja membentuk akhlak ceria dan berperibadi mulia.


Marching dik, jangan tak marching.. hihi..

Saf Nisa Negeri pun apa kurangnya, tanak kalah... :)

Sesi dialog bermula..

Dari kiri, Kak Ani, Kak Ros dan Cek Na..

Saf Nisa Pusat, dari kiri Sharifah, Roshidah dan Asyanti..

Akak Nisa' kita, dengan syarahan pendeknya, Cantik Itu Muda.. Tahniah kak. :)

Bacaan doa wehdah...


Adik-adik dan kakak-kakak Nisa' yang bersatu hati mengaminkannya..


Nisa' tu apa dik? Nisa' boleh!! Teambuilding memang best!! ;)
[Paparan penuh di sini]

Tuesday, November 17, 2009

Selamat Menghadapapi Peperiksaan, adik-adikku..

Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua adik-adik Nisa' yang memulakan peperiksaan SPM pada hari ini, dan juga STPM tidak lama lagi. Semoga usaha adik-adik selama ini akan membuahkan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang penting ini. Di bawah ada 10 tips menghadapi peperiksaan yang mungkin berguna buat adik-adik.


Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda dalam memahami apa yang telah anda pelajari.

Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran anda.

Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda akan mempengaruhi anda dalam peperiksaan.

Sepuluh tip untuk membantu anda dalam peperiksaan :

1. Datanglah dengan bersedia dan lebih awal
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
2.Tenang dan percayakan diri sendiri
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

3. Bersantailah tapi berhati-hati
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4.Prebiu soalah-soalan terlebih dahulu
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

5. Jawab soalan secara strategik
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:
soalan paling sukar, yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
mempunyai markah sedikit .

6.Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7. Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8.Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9.Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10.Analisa jawapan anda
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

(Artikel di atas diterjemah dari: Landsberger, Joe. Ten Tips of Test Taking)


Tapi yang penting sekali jangan lupa BERDOA!!! betulkan niat dan lakukanlah hanya keranaNya. InsyaAllah Dia akan membantu.
[Paparan penuh di sini]

Sunday, November 1, 2009

Pembunuh Marwa As-Sharbini dihadapkan ke mahkamah


Dresden - Mahkamah di Jerman semalam memulakan perbicaraan ke atas lelaki yang dituduh membunuh seorang wanita hamil dari Mesir.

Pihak Pendakwa mendakwa tertuduh, Alex W menikam Marwa As-Sharbini sehingga mati sekurang-kurangnya 16 kali dalam tempoh tiga minit pada 1 Julai lalu.

Alex hadir di mahkamah dengan memakai topeng muka dan menghadapi perbicaraan di sebalik kamar kaca kalis peluru berikutan ancaman bunuh yang diterimanya di internet, lapor media Jerman.

Marwa yang hamil tiga bulan ketika kejadian, ditikam di bahagian dada, belakang dan lengan dengan menggunakan pisau dapur sepanjang 18 sentimeter.

Pendakwa berkata, motif pembunuhan adalah berpunca daripada perasaan benci mendalam terhadap penganut Islam dan penduduk bukan Eropah.

Alex juga didakwa kerana cuba membunuh suami mangsa, Elwy Okaz ketika cuba membantu isterinya ketika diserang.

Sementara itu, beribu-ribu penduduk Jerman berhimpun di Dresden bagi mendesak tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal ke atas perbuatan kejam yang dilakukannya.

Kira-kira 200 angota polis berkawal di luar bangunan mahkamah di bandar Dresden, timur Jerman sepanjang prosiding berlansung semalam.
[Paparan penuh di sini]

Saturday, October 31, 2009

Jom Kita Teka

Di sini Crew 3N nak ajak pembaca blog Nisa' untuk meneka apakah benda ni? Anda nak panggil basikal ke, motor ke atau nama baru?







Ini adalah kenderaan salah seorang pengunjung gerai Nisa' semasa Sambutan Jubli Perak PASTI baru-baru ini. Kerana terlalu ingin bermain dart yang kami sediakan, budak tersebut merayu-rayu untuk bermain antara waktu Maghrib dan Isyak'. Tapi, memandangkan telah masuk waktu, kami meminta adik-adik ni pergi solat berjemaah dulu...

Sambutan gerai pameran dan permainan Nisa' amat hangat.
Nanti akan kami kemaskini beserta gambar ok?
[Paparan penuh di sini]
 

©2009 . | by TNB