Showing posts with label Celoteh. Show all posts
Showing posts with label Celoteh. Show all posts

Saturday, October 31, 2009

Jom Kita Teka

Di sini Crew 3N nak ajak pembaca blog Nisa' untuk meneka apakah benda ni? Anda nak panggil basikal ke, motor ke atau nama baru?







Ini adalah kenderaan salah seorang pengunjung gerai Nisa' semasa Sambutan Jubli Perak PASTI baru-baru ini. Kerana terlalu ingin bermain dart yang kami sediakan, budak tersebut merayu-rayu untuk bermain antara waktu Maghrib dan Isyak'. Tapi, memandangkan telah masuk waktu, kami meminta adik-adik ni pergi solat berjemaah dulu...

Sambutan gerai pameran dan permainan Nisa' amat hangat.
Nanti akan kami kemaskini beserta gambar ok?
[Paparan penuh di sini]

Friday, August 21, 2009

Khas Untuk Ahli Nisa' Terengganu



Ramadhan Kareem buat semua pengunjung blog Nisa'...
Kami baru selesai mengadakan mesyuarat di peringkat negeri kelmarin dengan kehadiran yang memberangsangkan dan mendapat pujian bonda-bonda lain... hihi... Moga-moga penggerak syiar Islam ini terus bersemangat ye... BADAR 313!

Bermula hari ini, kami akan meneruskan tradisi menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya (aik?baru first day puasa!) untuk semua ahli Nisa' seperti tahun lepas. Mesti ada yang tertanya, kenapa awal sangat kan? Haa.... bukan senang bagi kami untuk menulis alamat dan menampal setem secara manual kepada 1958 orang ahli Nisa Terengganu tau... 1958!

Kami menempah hanya 2000 keping kad, ups... poskad actually, untuk dihantar kepada semua Nisa' Terengganu. Tunggu kedatangannya dalam peti surat anda yea! Hihi...


[Paparan penuh di sini]

Monday, May 25, 2009

Usrah & Brainstorming bersama Bonda

Alhamdulillah... Selesai sudah pertemuan pertama sesi baru Nisa' bersama bonda-bonda yang menjadi penaung dan penasihat pada 22 Mei yang lalu (kebetulan hari lahir Kak Ani, Ketua Nisa' Terengganu). Di sini, 3N akan mencatatkan pesanan-pesanan mutiara kata dari bonda-bonda buat Nisa' yang menjadi penjunjung akal dan budi, membawa syiar Islam.

1) Cikgu Safinah Jusoh (Ketua DMPNT)
Potensi Diri
Setiap diri Nisa' mempunyai potensi diri (keupayaan) yang penuh dengan tenaga, (at the peak of energy) dan telah melepasi Teen Ages yang dipenuhi miserable feelings. Sepatutnya telah membuat keputusan THIS IS MY PLACE, TEMPAT SAYA MENYUMBANGKAN JIWA DAN RAGA, DEDIKASI BUAT ISLAM DAN MENJADI FATATUN MUTA'ADIBAH.

Kenali Sasaran
Dekatilah mad'u iaitu unguided group yang ramai didalamnya remaja wanita. Banyakkan kerjasama dengan Smart Partnership seperti Rakan Didik da NGO-NGO Islam lain.

Social Obligation
"Jadilah umat yang boleh buat kerja : menyeru kepada kebaikan DAN mencegah kemungkaran"
DAN/WA (Bahasa Arab) di sini bermaksud, ianya serentak, yakni tidak boleh dilakukan berasingan. Kerana prinsip jemaah Islam yang melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar inilah menyebabkan timbul banyaknya cabaran dan rintangan dalam melaksanakan perintah tersebut.


2) To' Puan Hajjah Aminah Mohamad (Tinbalan Ketua DMPNT)
Konteks perjuangan Jemaah Islam ialah Muwajahah Bil Silmi (penuh profesional dan kelembutan), gunakan eye contact apabila berkomunikasi. Kebanyakan remaja / golongan muda hari ini telah hilang kemesraan dengan orang-orang dewasa. Manakala pembawa risalah dakwah pula hilang keyakinan untuk berdepan dengan golongan sasaran. Maka, perlu dipupuk kemahiran berkomunikasi pada Nisa' sebagai daie.


3) Hajjah Zarani Othman (Naib Ketua DMPNT)
Petikan dari firman Allah SWT yang bermaksud; "Sekiranya perjuangan Islam itu mudah dan dekat, nescaya ramailah mengikut jalan ini, namun apakan daya, perjuangan Islam ini jalannya jauh dan banyak cabarannya".
Persiapan menempuh cabaran perjuangan;
1) Ilmu
2) Iman
3) Amal


4) Cikgu Raja Hindun Raja Abd. Rahman (Setiausaha DMPNT)
Supaya tak rasa putus asa dalam berjuang, ingatlah;
"Perjuangan ini adalah perjuangan menegakkan agama Allah, yakinlah kita akan mendapat keberkatan dalam kehidupan". Setiap peringkat yang kita sumbangkan, akan ada saham di akhirat, insyaAllah.
Jangan susah hati apabila diuji dengan kata-kata dari orang, anggap ianya sebagai teguran dari Allah SWT untuk kita.
Berdoa supaya dikurniakan pasangan yang memahami, manakala yang telah mempunyai anak, jangan susah hati, banyakkan berdoa dan teruskan gerakerja kerana yang berkuasa ke atas manusia dan mendidik anak-anak ialah Allah SWT.


5) Hajjah Zaiton Soleh (Bendahari DMPNT)
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh qudwah hasanah yang baik"
Semua pejuang ada tangga dan semuanya bermula dari tangga bawah. Bermulalah dari bawah (cawangan), jangan bermula dari atas. Kalau duduk di atas, kedudukannya sedap tapi ngeri.

Pendidikan bermula dari rumah. Jika didik anak-anak, utamakan pendidikan Islam yang baik. Fahami kehendak agama setiap individu. Kerana itu, kerja Nisa' bukannya mudah, lihat ke bawah dan di sana ada cabaran, ada juga pahala. Usah bimbang mengenai kerja yang dilakukan kerana ianya amal jamaie, back-up secara bersepadu. Kerja jemaah tidak boleh diajar tapi boleh belajar.

Rezeki : Allah akan bantu. Jika kita nak kebaikan, Allah akan bagi kebaikan.

6) Hajjah Hazezah Md Zain (Ketua Penerangan DMPNT)
Perjuangan Islam tidak ada FULL STOP.


[Paparan penuh di sini]

Wednesday, September 3, 2008

Kad Raya

Assalamualaikum sahabat-sahabat dan adik-adik semua...

Tentu adik-adik masih simpan lagi kad ucapan hari raya yang diperoleh pada tahun lepas kan? Bagaimana dengan kad raya tahun ini? InsyaAllah, jika tiada aral, akan sampai juga kad ucapan tersebut ke tangan adik-adik semua. Sengaja kami "expose" lebih awal, bukan kerana terlalu meraikan kedatangan Syawal yaa... Tada....

Pandangan Depan


Pandangan Belakang
[Paparan penuh di sini]

Thursday, January 31, 2008

SALAM PERTEMUAN!!

Lama rasanya tiada khabar baru dari kami Nisa' Terengganu..
Tahun bersilih ganti..sekejap sahaja masa berlalu...

Maaf banyak-banyak kepada yang prihatin..
Mungkin kami tidak mampu menjanjikan untuk sentiasa memperbaharui blog ini akibat kekurangan petugas..tapi..usaha tetap akan cuba dijalankan..

semoga kalian akan terus bersama kami..
terima kasih!
[Paparan penuh di sini]

Tuesday, November 20, 2007

BUAT SEMUA YANG TERSAYANG




BUAT SEMUA AHLI NISA' TERENGGANU DAN PENGUNJUNG BLOG INI..
SAYA MEWAKILI PENGGERAK NISA' MEMOHON MAAF JIKA BLOG INI TERLAMPAU LAMBAT UNTUK DIKEMASKINI..

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN..TERIMALAH BUNGA MAYA DARI KUCING COMEL INI..TANDA SAYANG SELALU..

TERUS BERSAMA KAMI YE..MEKACIH !
[Paparan penuh di sini]

Wednesday, August 15, 2007

SALAM SAYANG!!

SALAM UKHWAH...PENUH MAWADDAH..

Khusus buat semua sahabat yang dikasihi..
Syukur pada Allah, Tuhan semesta 'alam, kerana memberi ruang dan peluang jemari halus ini melakar ulas biacara..

Dengan rasa sukacitanya, NISA' TERENGGANU hadir kepada kalian.. berkongsi rasa, berhibur bersama..

Semoga kalian menerima input-input yang baik-baik aje tau..

OK! Salam sayang kembali...
[Paparan penuh di sini]

Salam Sayang... I Love You




Assalamualaikum...

Nisa' Terengganu kini cuba menerapkan nilai kasih sayang di kalangan AJK dengan ucapan I Love You... Nampak je senang, nak nyebut tu susah, apatah lagi bila nak membalasnya... Especially nisa' sendiri la... perempuan kan pemalu...huhu...

Apa kesannya?
Kita tengok lagi akan datang... Berapa ramai yang menyahut seruan Nisa' Pusat ini?....

Mod : Walau tak menyebut, hati tetap cinta...! Love Is Cinta...

[Paparan penuh di sini]
 

©2009 . | by TNB