Saturday, November 29, 2008

Nisa' Indoor Games Kawasan K. Terengganu

Meriah, Ceria, Mesra... mungkin inilah kata-kata yang sesuai ditujukan buat Nisa' Indoor Games peringkat kawasan Kuala Terengganu. Setiap peserta menikmati permainan yang disediakan dengan ceria walaupun hujan lebat di luar dewan. Permainan ini dilangsungkan di Markaz Tarbiyyah Kuala Ibai pada pagi Sabtu (29 November) bermula jam 8 pagi hingga 1 tengahari.

Menariknya, penyertaan permainan kali ini dibuka kepada semua peserta tanpa penyertaan terhad. Semua peserta juga membawa pulang cenderamata setiap orang. Perbezaan Nisa' Indoor Games Kawasan Kuala Terengganu dengan kawasan lain ialah mereka turut menyediakan permainan catur.

Setelah selesai cabaran permainan antara DUN Bandar, DUN Batu Buruk, DUN Ladang dan DUN Wakaf Mempelam, slot yang tidak akan dilepaskan oleh urusetia sendiri iaitu bermain permainan dam ular atau snake and ladder yang memang telah lama ditungu-tungu.... heh heh...

Check... mek eh silap... check-mate!


Ha... HPA kena bayar Ketua Nisa' Terengganu ni, buat iklan pulak...


Ni antara urusetia yang nak lawan peserta... cuba teka, sape menang?


Ni AJK Nisa' DUN Bandar yang komited sehati sejiwa secolor baju


Acara penyampaian hadiah


Kita jumpa lagi nanti ya...


Kak Ani, Ketua Nisa' Terengganu menyampaikan amanat dan harapan


Serius tu...


Ni lagi antara AJK yang dibuli adik-adik Nisa'


Kak Pah dah ready nak lambung dadu tu...


Gerai jualan yang dibuka oleh Pegawai Kewangan Nisa' Negeri...
sukanya Jihah bila jualan laris...


Ni la permainan ceper...

Kita jumpa dalam Nisa' Indoor Games peringkat negeri nanti k....

0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB