Tuesday, November 4, 2008

Update Gambar Ijtima' Kepimpinan

Corat-coret menarik Ijtima' Kepimpinan...

- Ucapan Presiden PAS yang bertajuk 'PAS Untuk Semua : Penghayatan dan Tuntutan' telah menarik perhatian peserta untuk memahami 6 perkara utama dalam memastikan PAS menjadi sebuah parti yang dominan dan mampu menggarap perjuangan ummah sehingga PAS dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat di peringkat akar umbi dan nasional malah diterima umum oleh masyarakat antarabangsa.

- Kehadiran tetamu berbangsa cina dan persembahan tarian singa membuktikan PAS turut meraikan kehadiran non-Muslim sebagai penyokong PAS.

- Kehadiran Nisa' dalam perbarisan sejak Sambutan Jubli Emas PAS di Dungun pada tahun 1996 memberi kesan pada organisasi jemaah Negeri Terengganu. Sejak dari itu, Nisa' menjadi antara sayap penting setiap kali program-program besar diadakan.

- Untuk kali ini, selain bertugas sebagai penyambut tamu dan perbarisan, anggota Nisa' akan bertugas membahagikan buku ucapan YAB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd. Hadi Awang di dalam dewan, bentara dan turut diberi peluang untuk membahaskan ucapan Presiden.

- Wakil pembahas ucapan Nisa' ialah Saudari Fawwaz yang turut menjadi komandan perbarisan Nisa'. Tahniah Fawwaz...

- Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Azman Shapawi turut meraikan ucapan bahas dari perwakilan Nisa' yang memberi peringatan pada ibubapa ahli supaya selamatkan diri dan keluarga dari api neraka dengan meminta anak-anak mereka turut menyertai perjuangan ini.

- Ketika admin sibuk mencari tempat kosong dalam dewan, seorang muslimat memanggil admin dan mengucapkan tahniah kepada Nisa' atas ucapan bahas yang sangat menyentuh hati. Beliau telah menitiskan air mata kerana terlalu tersentuh dan menurutnya, hanya orang yang berjuang sahaja memahami pengertian ayat yang diucapkan.

- Ketika membahagikan buku ucapan, seorang tetamu berbangsa cina meminta lebih buku ucapan untuk dibahagikan pada teman-temannya. ;)

- Nisa' juga menjadi perantara tetamu dan urusetia tetap dalam menyampaikan keperluan dan permintaan mereka, ini termasuklah juga dalam bab teknikal seperti situasi sistem audio yang disediakan tidak dapat didengari oleh mereka yang berada di luar dewan.

- Ada yang mencadangkan agar Nisa' membuka nurseri menjaga anak-anak peserta seperti Muktamar Agung di Ipoh... admin rasa bagus juga cadangan tu, tapi bimbang, nanti baby yang jaga babysitter...huhu

* Untuk lain-lain gambar, anda boleh layari blog ini...
* Untuk ucapan Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu ke 12, sila ke blog ini...






















0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB