Saturday, November 15, 2008

Catatan 3N di Nisa' Indoor Games Dungun

Salam mesra buat sahabat-sahabat dan adik-adik Nisa' yang dikasihi fillah... Posting kali ini adalah sedikit catatan dari Team 3N iaitu Asma Adiba, Baity, Fawwaz dan Ida Haryati yang berkesempatan turun meraikan adik-adik Nisa' Dungun untuk program Nisa' Indoor Games yang dijalankan pada 14 November (Jumaat) dan Nisa' Team Building pada 15 November (Sabtu).

Untuk kali ini, admin akan memaparkan cerita Nisa' Indoor Games dulu lah ye... Gaya penceritaan adalah mengikut kronologi tentatif... hihi... let's start!


Selamat Datang....

Ketua Nisa' Dungun, Kak Siti Zaliha mengalu-alukan kedatangan peserta-peserta


Pengarah dan Setiausaha berbincang...


Gembiranya dia...

Pembahagian bilik penginapan, tak nak berpisah tu...

Dengar taklimat dengan teliti...


OK... kami faham...

Selepas pembahagian penginapan, semua peserta menuju ke surau untuk solat maghrib dan Isya' berjemaah. Solat maghrib diimamkan oleh adinda Asiah Nusaibah yang merupakan anakanda Ketua Nisa' Dungun sendiri. Bagusss....! Moga-moga ramai adik-adik Nisa' dapat mencontohi Nusaibah...insyaAllah.

Selesai solat maghrib berjemaah, tazkirah ringkas mengenai Kelebihan Solat Berjemaah dari sudut saintifik telah diberikan secara pass-up oleh Kak Alin dan Kak Baity. Apabila sesi Q&A dibuka, soalan panas ditanyakan... hehe...iaitu...

"Kak, boleh bercouple tak?"


Huh...cerah mata adik-adik ya... Tak cukup dengan sesi tazkirah, akak admin diserbu pula dengan pelbagai soalan berkaitan couple selesai solat Isya'... Moga-moga, adik-adik meletakkan agama di depan perasaan..., insyaAllah...


Tu dia... kagum dengan kebesaran Allah di sebalik hikmah solat

Usai solat berjemaah dan makan malam, kelihatan masing-masing dah tak sabar nak bermain. Taklimat permainan disampaikan oleh Kak Yana, S/U Nisa' Kawasan Dungun. Permainan yang dipertandingkan ialah Snake n Ladder, Carrom, Congkak, Batu Seremban, Dart, Yo-yo dan Dam Aji. Perlawanan pula adalah antara empat DUN iaitu DUN Sura, Rantau Abang, Paka dan Bukit Besi.


Kak Yana membahagikan peserta permainan

Antara AJK yang komited

Sesuai dengan namanya, Nisa' Indoor Games dan cuaca monsoon November, semua aktiviti dilaksanakan di dalam bangunan.

Eh...eh? Macam anak dara zaman dolu-dolu je korang ni ye... main congkak kat beranda rumah...hehe...

Tu dia... kalau yang rendah tu, terlekat bawah kerusi...haha...


Antara games yang mengujakan...


Ala kak... asyik kena turun je saya ni... bila nak sampai...huhu...


Ups? Aku dah kena undur setapak ke?


Pandai dok stick tu?...


Ish...ish...ish... sejibik macam anak dara dulu-dulu...


Peace on congkak by Asiah Nusaibah


Hoh? Akak AJK pun nak main juga... hehe...

Selesai semua permainan, peserta-peserta dikumpulkan kembali untuk sedikit pre-warm sleep dan bacaan Al-Mulk. Keceriaan terpancar di wajah masing-masing.

Peace... jom nyanyi kak...


Kak Fawwaz sentiasa bersedia menghiburkan adik-adik...
Pasang lagu yang disukai adik-adik iaitu "Ayat-Ayat Cinta" sebagai jawapan pada soalan couple dan berganti dengan zikir munajat sebagai jawapan sebenar. Love Allah First!

Kak Alin, Pengarah program yang comel...



Kak Yana dengan gaya buat-buat "bekem"nya...



Ceria semuanya...

Jumpa lagi adik-adik yang berjaya ke peringkat negeri nanti. Nisa' Indoor Games peringkat Negeri Terengganu akan diadakan pada 25 Disember 2008. Bina stamina ok? Hehe...

Untuk gambar lain, boleh lihat di Galeri Nisa' Terengganu

0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB