Sunday, July 12, 2009

Tautan Kasih Nisa' DUN Alor Limbat

Alhamdulillah, telah selesai program road show Nisa' DUN Alor Limbat yang bertujuan mengumpulkan ahli baru Nisa' dan menggerakkan aktiviti dengan lebih cergas selepas ini. Road show ini diadakan pada 10 Julai 2009, Jumaat, jam 3 petang di Surau Sri Wangi, Pengadang Baru. Kehadiran peserta seramai 56 orang memenuhi sebahagian ruangan surau tersebut. Ada antara mereka yang pernah menghadiri Nisa' Indoor Games peringkat dun yang lalu.

Program dimulakan dengan taaruf dan penerangan ringkas mengenai Nisa' oleh Setiausaha Nisa' DUN Alor Limbat, Kak Baity dan diteruskan dengan permainan Musical Box yang mengandungi soalan teka-teki yang meliputi pengetahuan umum, teka-teki lucu dan pengetahuan fardhu ain.

Slot penerangan dan tayangan beberapa video bertemakan akhlak Islam serta penerangan mengenai blog Nisa' Terengganu oleh Timbalan Ketua Nisa' Negeri Terengganu, Kak Asma Adibah dengan dibantu oleh PA Nisa', Ida Haryati. Setiap peserta berpeluang mendapat hadiah mealui soalan-soalan yang dikemukakan berdasarkan penerangan tersebut.

Majlis disempurnakan dengan pesanan dari Muslimat DUN Alor Limbat dan ucapan Ketua Nisa' Terengganu, Kak Ani.

Terima kasih Kak Ani kerana sudi meluangkan masa bersama kami...



Kak Baity memberi aluan...


Muslimat DUN yang memberi sokongan padu...


Kak Asma dan Kak Ida mengendalikan sesi penerangan




Kak Nor, wakil Muslimat DUN


Kak Ani menyampaikan ucapan dan harapan...




Nak daftar keahlian...


Eh... jumpa kawan lama kakak...


Sesi minum petang...


0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB