Tuesday, February 16, 2010

Jamuan makan malam sambil menderma di Masjid Jamek Pengadang Baru

Pada hari Selasa, 16hb Februari 2010, Nisa' Kuala Terengganu telah mengadakan jamuan sambil menderma di perkarangan masjid Jamek, Pengadang Baru. Pada malam ini, hadirin yang hadir dianggarkan seramai 1000 orang, kerana pada malam ini, ialah malam giliran Ustaz Azhar al-Idrus menyampaikan kuliahnya.

Selepas selesai solat Isyak, para jemaah Muslimin dan Muslimat menghadiri jamuan makan malam yang dibuat di 2 khemah berasingan. Sambil menjamu, sambil menderma. Sambutan menggalakkan diterima daripada para jemaah. Berikut ialah gambar-gambar yang sempat diambil oleh 3N.

Hujan rahmat yang renyai-renyai mulai turun selepas solat Magrib..

Petugas 3N membuka gerai menjual kupon program Ekslusif Sepagi Bersama Ustaz Azhar Idrus..

Para petugas menyiapkan hidangan untuk para jemaah..

Penat sangat dah ni.. Sampai terduduk belaka.. Hehe..

Jemaah ketika menunaikan solat Isyak, barisan safnya sehingga ke beranda masjid.

Petugas menyiapkan hiadangan di khemah untuk Muslimin..

Jemaah sedang menjamu selera di khemah Muslimat..

Para hadirin mulai bersurai...

0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB