Friday, December 25, 2009

Program Tautan Puteri DUN Bukit Payung

Pada 25hb Disember 2009 (Jumaat) satu program yang dinamakan sebagai Program Tautan Remaja Perempuan telah diadakan di PASTI Tok Dir, di DUN Bukit Payung. Program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada adik-adik ini lebih merupakan program pengisian rohani sebagai persediaan adik-adik menempuh kehidupan di masa akan datang.

Pendaftaran dan makan pagi telah bermula seawal 8.00 pagi. Lebih kurang pada pukul 8.30, pengerusi majlis memulakan kata-kata aluan, dan seterusnya YB Ustaz Mohd Nor menyampaikan amanat ringkas sebelum merasmikan majlis.

Kemudian, pada pukul 9.00 pagi, ceramah motivasi yang bertajuk "Cintai Islam" telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Isa bin Daud. Ceramah selama lebih kurang 45 minit ini kemudiannya disusuli dengan rehat/ minuman ringan sekali lagi.

Seterusnya pada pukul 10.00 pagi, Ustaz Mohd Sham bin Abu Bakar telah mengelolakan sesi Bengkel Tajwid lebih kurang selama 2 jam. Ia kemudiannya disusuli dengan makan tenghari dan solat zohor berjemaah sehingga pukul 2.00 tenghari.

Sesi yang dinanti-nantikan oleh adik-adik bermula pada pukul 2.00 petang, iaitu sesi Kuiz Fardhu Ain. Pada awalnya, tiada peserta yang berani tampil ke hadapan untuk menjawab soalan, sehinggalah seorang peserta cilik berusia 6 tahun telah memecahkan keheningan dengan mendahului menjadi peserta kuiz ini. Kuiz kemudiannya berjalan rancak selama 1 jam, dengan 30 hadiah yang disediakan selesai dibahagikan kepada peserta-peserta yang menjawab dengan tepat.

Program kemudiannya diteruskan dengan Bengkel Solat oleh Ustaz Fauzi bin Yusof, seorang Pensyarah di UDM. Bengkel yang lebih berbentuk kepada ceramah kesedaran untuk mengerjakan solat ini, dilihat telah berkesan menyentuh hati para peserta agar bersungguh-sungguh mengejar kejayaan di dunia dan akhirat melalui solat.

Selepas sesi minum petang, dan solat Asar berjemaah, majlis berakhir lebih kurang pada pukul 5 petang. Walaupun majlis telah berakhir di sini, namun diharapkan pengisian yang diperolehi daripada program ini akan membawa kesan kepada langkah adik-adik yang seterusnya di dalam menjalani kehidupan mereka. Amien..





Adik-adik peserta memenuhi ruang majlis. Ni ada lagi yang tak sampai lagi ni.. Alhamdulillah, sambutan yang sangat menggalakkan..

Pengerusi majlis memulakan ucapan alu-aluan.
YB Ustaz Mohd Nor menyampaikan amanat dan merasmikan majlis.

Ustaz Mohd Isa bin Daud di dalam sesi ceramah motivasi bertajuk "Cintai Islam".
Ustaz Mohd Sham bin Abu Bakar di dalam Bengkel Tajwid.
"Posing sket dik.." Hehe.. Ni semasa sesi rehat tengahari, sambil menunggu waktu solat Zohor.
Solat Zohor berjemaah.
Adik-adik khusyuk mengalunkan zikir munajat.

Ustaz Fauzi bin Yusof di dalam Bengkel Solat.

0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB