Saturday, June 13, 2009

Brainstorming Nisa' Terengganu


Alhamdulillah, Nisa' Terengganu telah selesai mengadakan brainstorming dan pelantikan jawatankuasa baru bagi sesi 2009-2011. Sesi tersebut telah dilaksanakan pada 11 - 12 Jun 2009 bertempat di AF Homestay, Jalan Pusara, Kuala Terengganu.

Sesi dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan pengisian nurani oleh Cg. Hajjah Safinah Jusoh (Ketua DMPNT) dan diteruskan dengan ice-breaking yang tersangat ceria. Selesai sesi yang dimoderatorkan oleh Ayu yang lincah, Ketua Nisa' Terengganu memberi penerangan mengenai Sistem Keahlian Online dan SWOT Nisa' Terengganu mengikut kumpulan.

Pagi 12 Jun 2009 dimulakan dengan qiamullail dan solat subuh berjemaah, dan sekali lagi Ayu menggamatkan homestay dengan riadah sukaneka. Pembentangan SWOT Nisa' Terengganu dikendalikan oleh Hajjah Zaroni Othman (Naib DMPNT) dan slot terakhir ialah brainstorming aktiviti sebelum solat Asar berjemaah dan salam wida'.

(Dukacita dimaklumkan, 3N tidak akan publish gambar program sebab macam sesi Pillow-Talk pulak, memandangkan dibuat dalaman, maka pakaian pun, macam nak tido la...hehe...)

Terima kasih diucapkan kepada Nisa' Kawasan Kuala Terengganu, Nisa' Kawasan Hulu Terengganu, Nisa' Kawasan Setiu dan Nisa' Kawasan Marang yang telah hadir memberikan komitmen. Kepada Nisa' kawasan lain yang tidak hadir, kami harapkan agar dapat menghubungi Ketua atau Setiausaha Nisa' Terengganu bagi mendapatkan fail serahan nota bagi sesi kali ini.

Organisasi baru Nisa' Terengganu adalah seperti di kolum sebelah.
Sempena dengan perlantikan baru Team 3N ini juga, admin mengalu-alukan sebarang cadangan dari pengunjung blog ini untuk penambahbaikan gerakerja Nisa' Terengganu, meliputi Unit Pembangunan Insan (UPI), Unit Khidmat & Kaunseling (UKK), Unit Unit Kerjaya (UKJ) dan Nisa' News Network (3N).

Stay tuned with us!

0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB