Friday, August 28, 2009

Nisa' Small Kindness Hulu Terengganu

3N Nisa' Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH atas usaha Nisa' Hulu Terengganu mengadakan Nisa' Small Kindness untuk Ramadhan kali ini.

Matlamat program ini bertujuan membantu anak yatim, ibu tunggal yang layak dan golongan fakir miskin. Bantuan yang disampaikan oleh Nisa' DUN ini berbentuk beras, barangan keperluan dapur, pakaian raya, kad raya Nisa' dan sedikit wang tunai.

Pada tahun ini, program dimulakan di DUN Telemong pada 25 Ogos, diikuti DUN Manir pada 26 Ogos. DUN Kuala Berang dan DUN Ajil akan menyusul akan datang. Program ini akan terus berjalan sepanjang Ramdhan bagi menyalurkan bantuan yang telah disumbangkan oleh orang ramai melalui Nisa'.

Sebarang sumbangan, bolehlah diserahkan atau hubungi Bendahari Nisa' Kawasan Hulu Terengganu iaitu Puan Nurul Akmal Mohd Sidek (0139291522) atau Puan Norazira Mamat (0199599615).



Penolong Bendahari Nisa' Terengganu tak lepas dengan begnya...
banyak duit ke Su? hihi...


Chaiyook Akmal...


Ketua Nisa' Hulu Terengganu, Puan Norzira menyampaikan hamper...





Happy makcik tu dapat duit raya, yea...


Kat kedai ni la kami beli barang...
Boleh bantu mereka, yea tak?

Ho-ho... Happynya semua...







0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB