Daurah Jundiyyah telah berjaya dilaksanakan pada 7 Ogos 2009, Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang di Dewan Darussyifa', Kuala Ibai. Kehadiran peserta adalah seramai 63 orang meliputi Nisa' dari semua kawasan, dengan kebanyakannya adalah AJK Unit Pembangunan Insan.
Majlis dimulakan dengan perasmian oleh Naib Ketua DMPNT, Cik Na. Cik Na banyak menekankan tentang persiapan dan strategi Nisa' untuk menarik lebih ramai golongan muda di peringkat bawah.
Selesai perasmian, slot seterusnya ialah pembentangan kertas kerja yang sangat menarik oleh Ustaz Wan Zuki, Ketua DPPKM bertajuk "Membentuk Generasi Daie Yang Haraki". Banyak teguran dan peringatan kepada daie muda mengenai halangan dan cabaran berharaki.
Selesai slot yang memerlukan tumpuan dan fokus, sesi memecah keheningan suasana iaitu "Ice-Breaking" diambil alih oleh Kak Ma dengan Perlawanan Berenang, Berkuda dan Memanah. Barulah pecah keseriusan semua peserta. Maklumlah, bila sebut UPI ni, macam unit yang serius je...
Selepas itu, sesi penerangan mengenai strategi dan fungsi UPI telah dibentangkan oleh Nor Suriani, Ketua UPI dan tayangan montaj UPI. TAHNIAH atas usaha dan pembaharuan sistem pentarbiahan dari UPI.
Program dihentikan seketika untuk Solat Zohor dan makan tengahari. Tepat 2.30 petang, sesi LDK dan Resolusi diadakan dalam kumpulan mengikut kawasan. Setiap masalah dalam perlaksanaan sistem "Smart Team" telah dikeluarkan dan difikirkan penyelesaiannya secara bersama.
ALHAMDULILLAH, semua peserta berpuas hati dengan pengisian program yang mantap.
Diharapkan daurah kali kedua akan datang, akan ada peningkatan dalam perlaksanaan Smart Team dan untuk Hari Keluarga pula dapat dikumpulkan Generasi Smart Team yang telah berjaya dibentuk, insyaAllah.
Syafakillah...
Ucapan perasmian oleh Cik Na, Naib Ketua DMPNT
pengisian berdasarkan buku Maza Ya'ni... karangan Almarhum Ustaz Fathi Yakan
Dari kiri, Nisa' DUN Batu Buruk, Nisa' Negeri dan Nisa' DUN Ladang
0 komen diterima:
Post a Comment