Saturday, April 18, 2009

Nisa' Bandar Juarai Bowling

Pada 17 April 2009 (Jumaat), bertempat di Kompleks Sukan Gong Badak, telah berlangsung Pertandingan Akhir Bowling Piala Isteri Ahli Parlimen Kuala Terengganu antara ahli Nisa' empat DUN iaitu DUN Bandar, DUN Batu Buruk, DUN Ladang dan DUN Wakaf Mempelam. Jumlah kesemua ahli Nisa' Parlimen Kuala Terengganu yang terlibat kali ini adalah seramai 80 orang. Setiap DUN akan menghantar dua pasukan bowling seramai empat orang bagi setiap kumpulan. Peringkat saringan dalam DUN telah diadakan seperti posting sebelum ini. Turut dijemput menyertai pertandingan akhir ini ialah Team Muslimat Kawasan Kuala Terengganu.



Keseronokan terpancar di wajah ahli-ahli Nisa' yang akan bermain. Pendaftaran dibuka pada jam 10 pagi dan peserta disediakan minum pagi seblum mula bermain. Kelihatan masing-masing sudah tidak sabar menunjukkan skill bermain, walaupun hanya baru bermain buat kali kedua kali ini.

Pertandingan dimulakan dengan doa dan sebaik isyarat dibunyikan, maka kedengaran sorakan dan tepukan semangat setiap kali strike mahupun bola masuk longkang. Hehehe... Sambil pertandingan berlangsung, kaunter pendaftaran keahlian Nisa' turut dibuka bagi menarik minat peserta untuk mengetahui aktiviti-aktiviti Nisa' yang boleh mereka sertai.


Tepat jam 11.30, kesemua lane telah selesai bermain. Sesi penyampaian hadiah dijalankan di luar kompleks sukan. Puan Hajjah Wan Fatimah Wan Abdullah, isteri Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut. Antara intipati ucapan beliau ialah mengenai kepentingan tubuh badan yang cergas kepada kaum wanita dan keseimbangan antara makanan jasmani dan makanan rohani. Beliau menggalakkan agar remaja-remaja bukan sahaja menyertai program sukan, tetapi turut mengimarahkan program berbentuk pengisian hati seperti usrah dan qiamullail.


Akhirnya, keputusan diumumkan oleh Ketua Nisa' Terengganu, Kak Ani dan hadiah disampaikan oleh perasmi.
Tempat pertama jatuhan pin terbanyak : Nisa' DUN Bandar
Tempat kedua jatuhan pin terbanyak : Nisa' DUN Wakaf Mempelam (Team I)
Tempat ketiga jatuhan pin terbanyak : Nisa' DUN Wakaf Mempelam (Team II)

Walaupun Nisa' DUN Bandar menjuarai permainan kali ini, keputusan utama adalah berdasarkan markah gabungan kedua-dua kumpulan. Oleh itu, Piala Isteri Ahli Parlimen Kuala Terengganu dianugerahkan kepada Nisa' DUN Wakaf Mempelam. Selain kerana kedua-dua pasukannya menjatuhkan pin terbanyak, kerjasama dan disiplin yang baik juga telah ditunjukkan oleh ahli mereka. TAHNIAH diucapkan.

Kepada ahli Nisa' DUN Bandar, DUN Batu Buruk dan DUN Ladang, juga TAHNIAH diucapkan atas penyertaan adik/kakak semua. Semoga permainan ini akan mengeratkan ukhwah antara ahli Nisa' DUN. Tidak dilupakan juga kepada AJK Muslimat DMPKT yang begitu sporting menyertai permainan walaupun inilah kali pertama bonda-bonda ini melontar bola yang berat itu. Terima kasih.

Gambar-gambar yang dirakamkan oleh Lensa 3N.


Nisa' Batu Buruk... rombongan bas tu...


Gelanggang bowling... dah tak sabar yang kat atas tu...


Kita makan dulu.... :)


Pose kenyang untuk camerawoman yang lapar...huhu...


Ready ye?


Pilih-pilih bola walaupun sama je...hehe
Berlakon beb...

Gaya sebelum berjuang... bekem teeeh....


Adik key-in maklumat ye... Yani mengendalikan pendaftaran keahlian...


Gaya cuak je?...


Ayu dan sopan, 'kan...?



Ni la pialanya...


Aik...? Kak Wafa posing dulu...


Bagi semangat dik...


Peace Kak Ton...




Huhu.... tak sanggup tengok bola ku...


Veteran Muslimat memerhati


Majlis penutup dan penyampaian hadiah


Add ImageKak Na, Ketua Nisa' DUN Bandar yang muda remaja sokmo...


Oh... jadi rebutan...


Kak Ani royak pesanan dan aktiviti akan datang...


Saguhati


Team Nisa' DUN Bandar yang berpakaian seragam... ada style...:)


Nok se...


Terima kasih, Kak Ti...


Peserta termuda, tingkatan tiga... senyum sokmo...



Muslimat dan saguhati


Kak Sham, Setiausaha DMPKT... sporting... :)




PSU Nisa' Kawasan memujuk Ketua Nisa' DUN Wakaf Mempelam agar menyerahkan Piala Pusingan kepada penganjur... :)


"Sepatutnya aku punya...", kata Kak Wafaa dalam hati... kih-kih...

Inilah penerimanya...


Yeay... Kak Aida disorak teamnya yang ceria sokmo...


Buat kenangan


Nok gok...


Bacaan doa penutup oleh AJK DMP Wakaf Mempelam,
Puan Zaiton Abas





NISA' BOLEH!!!

0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB