Monday, April 13, 2009

Gandingan Nisa' dan Muslimat DUN Wakaf Mempelam

Sempena Maulidur Rasul yang baru berlalu, Dewan Muslimat PAS DUN Wakaf Mempelam bersama-sama Nisa' DUN Wakaf Mempelam mengadakan majlis Ingati Sirah dan Cintai Rasulullah SAW bertempat di ANZ Resort, Durian Burung. Sambutan yang diterima amat-amat menggalakkan dan kehadiran penonton yang terdiri dari kalangan ibu-ibu dan anak-anak masing-masing membuktikan Muslimat dan Nisa' mampu bekerjasama bukan sahaja dalam gerakerja jemaah, sebaliknya juga dalam aktiviti-aktiviti santai dan bermanfaat.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan Rawi oleh Muslimat dan diikuti dengan persembahan nasyid dari beberapa kumpulan Nisa' dan Muslimat. Sebagai mengingati dan menanamkan kasih terhadap perjuangan Rasulullah, turut diselitkan sajak.

Kesungguhan terpancar dari usaha setiap peserta yang terlibat sama ada dari peringkat latihan, pemakaian dan penciptaan sajak yang menyentuh hati. TAHNIAH diucapkan dan semoga usaha ini berterusan dan akan diikuti oleh Nisa' yang lain .


Dimulakan dengan bacaan Rawi


Persembahan Nasyid dari AJK Nisa' DUN Wakaf Mempelam


Persembahan Nasyid AJK Muslimat DUN Wakaf Mempelam


Persembahan Nasyid Ahli Nisa' DUN Wakaf Mempelam


Persembahan Nasyid Muslimat DUN Wakaf Mempelam


Bonda-bonda Muslimat yang hadir, terima kasih.


Ini Pengerusi Majlis yang menceriakan suasana...


Persembahan deklamasi sajak




Selesai Majlis...

0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB