Thursday, July 16, 2009

Pakai Tudung Walaupun Tidak Islam

SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?



Wall mengatakan dia bukan ber'eksperimen' tetapi belajar dari pengalaman. Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. "Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka.. sebentar saja ..." ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling. Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelaku seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.

Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, 'ingin belajar dari pengalaman..' Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek,"Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakanya!" Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. "Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh..."

Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya 'menjadi seorang Muslimah' mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.

Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. "Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall. "Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan ' tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja..' menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO.." sambungnya.
[Paparan penuh di sini]

Wednesday, July 15, 2009

Galeri Cakna Keluarga

3N mengemaskini buat kali kedua dan terakhir gambar-gambar Cakna Keluarga baru-baru ini di Galeri Nisa' Terengganu.
[Paparan penuh di sini]

Sunday, July 12, 2009

Tautan Kasih Nisa' DUN Alor Limbat

Alhamdulillah, telah selesai program road show Nisa' DUN Alor Limbat yang bertujuan mengumpulkan ahli baru Nisa' dan menggerakkan aktiviti dengan lebih cergas selepas ini. Road show ini diadakan pada 10 Julai 2009, Jumaat, jam 3 petang di Surau Sri Wangi, Pengadang Baru. Kehadiran peserta seramai 56 orang memenuhi sebahagian ruangan surau tersebut. Ada antara mereka yang pernah menghadiri Nisa' Indoor Games peringkat dun yang lalu.

Program dimulakan dengan taaruf dan penerangan ringkas mengenai Nisa' oleh Setiausaha Nisa' DUN Alor Limbat, Kak Baity dan diteruskan dengan permainan Musical Box yang mengandungi soalan teka-teki yang meliputi pengetahuan umum, teka-teki lucu dan pengetahuan fardhu ain.

Slot penerangan dan tayangan beberapa video bertemakan akhlak Islam serta penerangan mengenai blog Nisa' Terengganu oleh Timbalan Ketua Nisa' Negeri Terengganu, Kak Asma Adibah dengan dibantu oleh PA Nisa', Ida Haryati. Setiap peserta berpeluang mendapat hadiah mealui soalan-soalan yang dikemukakan berdasarkan penerangan tersebut.

Majlis disempurnakan dengan pesanan dari Muslimat DUN Alor Limbat dan ucapan Ketua Nisa' Terengganu, Kak Ani.

Terima kasih Kak Ani kerana sudi meluangkan masa bersama kami...



Kak Baity memberi aluan...


Muslimat DUN yang memberi sokongan padu...


Kak Asma dan Kak Ida mengendalikan sesi penerangan




Kak Nor, wakil Muslimat DUN


Kak Ani menyampaikan ucapan dan harapan...




Nak daftar keahlian...


Eh... jumpa kawan lama kakak...


Sesi minum petang...


[Paparan penuh di sini]

Saturday, July 11, 2009

Jom Jana Ekonomi Nisa'

Eh... jangan silap faham tau... ni bukan jana ekonomi individu atau diri sendiri, tapi... bagi membantu kelancaran gerakerja Nisa' Terengganu, maka kewangan pun mestilah bagus kan? Jadi, kepada semua ahli Nisa' Terengganu khususnya AJK la (huk-huk), mari bersama Kita Laksanakan Impian Bersama!

Klik untuk perbesarkan!

[Paparan penuh di sini]

Ruangan Baru...

Selesai mesyuarat pembentangan Pelan Tindakan Unit-Unit Nisa' Terengganu pada 10 Julai lepas, maka dengan ini kami akan mewujudkan dua ruangan baru untuk dimanfaatkan bersama oleh pengunjung-pengunjung blog Nisa' Terengganu iaitu Tanyalah Ustazah dan Galeri Nisa' Terengganu.

1) Galeri Nisa' Terengganu

Ruangan ini telah wujud beberapa bulan yang lepas yang mana ianya menempatkan koleksi gambar program-program Nisa' dari peringkat DUN hinggalah ke peringkat Pusat. Untuk kali ini, 3N akan mengupdate galeri ini menjadi sebuah arkib simpanan keratan akhbar berkaitan isu semasa dalam negeri Terengganu dan isu sosial Nasional. Diharapkan ianya akan menjadi pengajaran dan dorongan semangat buat pengunjung untuk bersama-sama kami melaksanakan impian untuk melihat tertegaknya sebuah negeri yang aman dan makmur.

2) Tanyalah Ustazah

Ruangan ini akan dikendalikan oleh panel penjawab yang dilantik oleh Unit Pembangunan Insan (UPI) Nisa' Terengganu. Pengunjung boleh mengemukakan soalan dan kemusykilan berkaitan dengan masalah agama seperti Ibadah, Fiqah, Akhlak dan sebagainya. Soalan-soalan tersebut bolehlah dikemukakan ke email Nisa' Terengganu iaitu nisa_ganukite@yahoo.com.my. Semoga ianya dapat menambahkan kefahaman dan ilmu bukan sahaja buat penanya soalan, malah buat semua pengunjung yang membaca.

Semoga beroleh manfaat dan berjalan lancar...
[Paparan penuh di sini]

Thursday, July 9, 2009

Srikandi Islam

Al-Fatihah buat Allahyarham Marwa al-Sherbini, seorang muslimat yang mati ditikam di Mahkamah Jerman pada 1 Julai 2009. Semoga Allah tempatkan di Syurga kerana kesungguhannya mempertahankan Islam.



Kisah ringkas dari video di atas...
"Marwa al-Sherbini yang merupakan seorang muslimah bertudung dihampiri oleh seorang lelaki German. Lelaki tersebut memaki beliau dengan mengatakan Marwa adalah teroris (pengganas) kerana beliau bertudung. Marwa dengan sokongan suami telah pun memfailkan saman ke atas lelaki tersebut. Di mahkamah, hakim menjatuhkan denda kepada lelaki German itu, namun kerana tidak puas hati, lelaki itu menghampiri Marwa dan menikamnya sebanyak 18 tikaman. Suami Marwa cuba membantu, namun dia telah ditembak oleh polis dan sedang berada dalam keadaan kritikal. Manakala Marwa menghembuskan nafas terakhir di situ juga dan meninggalkan suami dan seorang anak. Lelaki German itu tidak mengalami apa-apa luka pun dan kes ini hanya didiamkan oleh media antarabangsa khususnya media Barat...."

Lain-lain perkembangan;
Tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat, petikan blog Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi;

Mengutuk Pembunuhan Wanita Muslimah Berhijab di Jerman .

1. Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyerahkan memorandum mengutuk sekeras - kerasnya pembunuhan Marwa el Sharbini seorang wanita Muslimah warga Mesir yang mati ditikam oleh seorang pemuda disebuah mahkamah di Jerman .

2. Memorandum DPPP telah diterima sendiri oleh Duta Besar German di Malaysia Dr. Guenter Gruber di Kedutaan German sekitar jam 11 pagi tadi .

3. DPPP mendesak supaya kerajaan Jerman memohon maaf kepada ummat Islam amnya dan warga Mesir khasnya diatas tragedi malang yang berlaku dihadapan mahkamah tersebut sedang itu adalah kawasan di mana keadilan ditegakkan .

4. Marwa al Sherbini telah ditikam bertubi - tubi dengan 18 tikaman dan suaminya yang cuba menyelamatkan beliau pula ditembak oleh pengawal keselamatan . Sebelumnya Marwa membawa kes penghinaan ke atas dirinya oleh seorang pemuda [ pembunuh ] yang mengatakan beliau adalah pengganas kerana memakai tudung .

5. DPPP bimbang ini adalah episod islamofobia yang tercetus dinegara - negara barat dan akhirnya ketegangan ini akan terus berlanjutan . Kerajaan Jerman mesti segera memohon maaf kepada ummat Islam dan segera pula mengambil tindakan wajar dan adil ke atas pembunuhnya yang kejam itu .
[Paparan penuh di sini]

Puisi Untukmu...


Khas buat semua adik-adik Nisa'...
Ini puisi dari kakak-kakak Nisa' DUN Ladang... (Tapi kakak admin cilok juga, hehe)

Wahai adik-adikku sayang...
Ingat pesan kakak...
Rokok jangan dekat...
Lelaki jangan rapat...
Solat biar lekat...
Quran biar minat...
Akidah biar mantap...
Allah dan Rasul sentiasa tersemat...
Ibu bapa mesti taat...
Guru mesti hormat...
Tuntut ilmu jangan penat...
Sesungguhnya Allah pasti Melihat...
Semoga hidup berlimpah berkat...
Kelak mati dicucuri rahmat...
Amin...


@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss@kiss
[Paparan penuh di sini]

Wednesday, July 8, 2009

Nisa' Fried Chicken (NFC)

Kepada pengunjung setia blog Nisa' Terengganu, admin mohon maaf atas keterlewatan mengemaskini laman ini. Baiklah, di sini akan dipaparkan gambar-gambar sekitar program Nisa' Fried Chicken (NFC) atau nama lain ialah Himpunan Nisa' DUN Ladang pada 19 Jun 2009 lalu bertempat di Pantai Mengabang Tengah.

Tahniah diucapkan kepada semua penggerak Nisa' DUN Ladang yang berjaya mengumpulkan kembali ahli-ahli berdaftar dan ahl-ahli baru. Tambah semangat lagi dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, YBM. Dato' Tg. Hasan Tg. Omar.


Daftar dulu...



Program yang santai...


Kak Ani dan Kak Zahira (Ketua Nisa' DUN Ladang) di depan...




Ketua Nisa' Terengganu, Kak Ani sedang memberikan penerangan


ADUN Ladang, Dato' Ku Hasan sedang berucap...


Kalau gaya macam ni, sah ajaran Kak Ani untuk Bacalah... hihi...


Tak tahan gelak...


Hadiah kepada peserta






Timbalan Ketua Nisa' DUN Ladang, Kak Zuraida sedang menyampaikan pesanan...















Makan Time... NFC ke... RFC?



[Paparan penuh di sini]
 

©2009 . | by TNB