Monday, May 10, 2010

JOM CIPTA KERJAYA!!!

Klik untuk perbesarkan

Klik untuk perbesarkan

Program berasaskan sumber manusia anjuran Nisa' Negeri Terengganu kembali lagi. Kali terakhir diadakan ialah pada tahun 2006 di SK Sultan Sulaiman.

Dengan tema yang sama "Meh Cari Kerja", Unit Pendidikan dan Kerjaya Nisa' Negeri Terengganu meningkatkan usaha dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu dengan menambahkan usaha menggiatkan bidang keusahawanan.

Program ini akan dijalankan pada 29 Mei 2010 bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Antara aktiviti yang bakal dijalankan ialah;

1) Temuduga terbuka
2) Pameran Agensi Anti-Dadah Kebangsaan
3) Gerai Jualan
4) Kempen Menderma Darah
5) Seminar A-Z Panduan Lengkap Membina Kerjaya
6) Ujian Personaliti
7) Daftar ELX-Online
8) Career Talk "Penulisan Sebagai Satu Kerjaya" bersama Puan Fatimah Syarha Noordin (Novelis Seindah Mawar Berduri)

Semua dijemput hadir memeriahkan karnival ini.

0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB