Wednesday, April 21, 2010

"Semoga cepat sembuh, Mira.."


Pada petang Rabu 21hb April tadi, wakil-wakil 3N Nisa' Negeri Terengganu telah berkunjung menziarahi salah seorang AJK 3N Nisa’ Terengganu, iaitu saudari Mira yang telah terbabit di dalam sebuah kemalangan berhampiran tempat belajarnya di Politeknik Ipoh. Di dalam keadaan malam yang gelap, motorsikal yang datang daripada arah hadapan telah memasuki lorong motorsikal yang dipandu Mira, lalu merempuh dari arah hadapan. Mujur Rahmat Tuhan sentiasa mengiringi beliau, kerana wajahnya tidak cedera. Walau bagaimanapun, 3 jari tangan kanannya longlai, hampir terputus kerana patah tulang jari berkenaan.

Pada awalnya, doktor segera mahu mengerat jari beliau, namun mujurlah pakciknya yang berada di sana sempat memujuk dan meminta doctor untuk mengusahakan rawatan yang terbaik untuk menyelamatkan ketiga-tiga jari yang hampir putus itu.Setelah menjalani pembedahan di Hospital Ipoh, akhirnya Mira semakin pulih. Kesemua jari tangan kanannya sudah boleh digerakkan kembali, dan juga paling penting, mempunyai deria rasa. Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kami ke hadrat Ilahi.

Mira kini diberikan cuti selama sebulan oleh doktor. Namun waktu cutinya ini perlu dihabiskan untuk menelaah pelajaran kerana Mira kini berada di semester terakhir pengajian dan akan menduduki peperiksaan pada bulan Jun.

Buat semua yang prihatin, mohon didoakan untuk sahabat kita ini semoga cepat pulih, dan seterusnya selamat menduduki peperiksaan dengan keputusan yang cemerlang.. Amien…

0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB