Saturday, March 27, 2010

Rehlah AJK Nisa'

Pada 26 Mac (Jumaat) yang lalu, Nisa' Negeri telah mengadakan satu program rehlah AJK Nisa', dengan tujuan untuk merapatkan hubungan sesama AJK dan seterusnya menghasilkan pasukan kerja Nisa' yang kuat.

Program bermula pada pukul 9, dengan sarapan pagi bersama-sama, sambil menikmati pemandangan yang cantik, diulit angin pantai di chalet Vistana, Kg Tok Jembal itu. Kemudiannya, disusuli dengan beberapa aktiviti berkumpulan/ modul latihan untuk membentuk kerjasama di antara peserta.

Seterusnya, pada pukul 11.00, serentak dengan kehadiran Che Na, selaku penasihat Nisa' Negeri Terengganu, muhasabah Nisa diadakan, dengan memberi peluang kepada setiap ahli untuk menyuarakan pandangan/ suara hati masing-masing.

Seterusnya, satu lagi aktiviti/modul berkumpulan diadakan, sebelum menunaikan solat Zohor berjemaah. Mesyuarat turut diadakan untuk merancang salah satu program negeri dalam masa yang terdekat ini.

Selepas solat Asar berjemaah, beberapa aktiviti menarik dimainkan lagi, sehinggalah majlis bersurai pada pukul 6.30 petang.









0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB