Sunday, January 25, 2009

Nisa' @ Riang Ria Motor

Menyedari kebanyakan penunggang motosikal juga adalah terdiri dari golongan wanita, Nisa' Negeri Terengganu mengadakan inisiatif menerangkan mengenai cara menunggang motor dengan selamat bersama Yasir Said, Juara Grand Prix Asia pada tahun 1994-1995 bertempat di Pasar Borong Gong Pauh.

Program Riang Ria Motor ini diadakan dengan kerjasama Department of Art, Culture and Sport (DACS) Negeri Terengganu dengan mensasarkan golongan penunggang motosikal sama ada lelaki mahupun perempuan.

Meskipun cuaca hujan renyai-renyai membuatkan lokasi program menakung air, tidak mematahkan semangat penganjur dan juga Saudara Yasir Said dan 3 sahabatnya untuk menunjukkan skill menunggang yang betul.

Tambah memeriahkan suasana ialah kehadiran Saudara Azhan Atan, Juara Akademi Nasyid TV9 yang diberi penghormatan untuk membuat cabutan bertuah, YB Hj Mohd Abd Wahid Endut (ADUN Wakaf Mempelam) serta YB Nurul Izzah Anwar yang menyampaikan ucapan meraikan golongan remaja agar menyertai aktiviti bermanfaat bersama-sama Nisa' dan DACS.

Selain demo cara menunggang motor selamat, peserta-peserta juga diberi peluang menunggang motor di hadapan saudara Yasir Said dan diberikan nasihat dan ulasan mengenainya. Setiap peserta yang hadir dan mendaftar diberi nombor cabutan bertuah. Hadiah cabutan bertuah yang disediakan ialah servis motor asas percuma dan 30 botol minyak hitam percuma.

Semoga dengan aktiviti bermanfaat dan berinformasi seperti ini mampu menarik lebih ramai anak-anak muda menyertai Nisa' Terengganu.

YB Haji Mohd Abdul Wahid yang sangat meraikan anak-anak muda
turun menyampaikan nasihat dan panduan.


Amboi-amboi... suka la tu dapat naik motor besar dik...


Hehe... Nisa' minat motor ke minat yang kat atas motor tu?


OK bang... tunjuk skill sket...


"Kalau kat traffic light, jangan termenung tau..."


Motor idaman tak?


Ketua Nisa' Terengganu menyampaikan cenderamata buat Yasir Said


Ni sahabat Yasir Said yang mengiringi beliau. Mai dari Kedah nu...


Akhi Azhan Atan diberi peluang membuat dan menyamipakan cabutan bertuah


YB Nurul Izzah... suara anak muda...



Memang best... sesi fotografi bersama semua yang hadir...


Yeah... chaiyok kak...


Nisa' yang turut test skill menunggang...


Eeeee.... nak jatuh ke?



OK... lap...lap...



Teori dulu nih...


0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB