Tuesday, December 9, 2008

Salam Eidul Adha

Selamat mengenang segala pengorbanan orang-orang di sekeliling kita yang sentiasa ingin kita berjaya dalam kehidupan. Juga selamat bermuhasabah diri memikirkan apa yang telah kita korbankan sebagai tanda menghargai dan bersyukur atas apa yang ada pada diri kita... Sambil membantu memegang kaki lembu tu, fikir-fikirkan kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang meredhai apa yang telah Allah tentukan atas mereka. Betapa ibu Nabi Ismail meredhakan pengorbanan yang disuruh oleh Allah SWT hingga melangkaui kasih sayang dan ikatan keluarga. Fikirkan sedikit sahaja segala hikmahnya, insyaAllah, ia sudah memadai dari kita melakukan solat-solat sunat...

Selamat berkorban dan menyediakan diri untuk dikorbankan...;)


Salam Idul Adha dari saff kepimpinan Nisa' Negeri Terengganu...

0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB