Sunday, May 11, 2008

Nisa' Groupbinding

Akhirnya, setelah tiga tahun rebranding, program groupbinding berjaya dilaksanakan pada 10 Mei 2008 di MTPsKT. Program tersebut dimulakan dengan Ice-Breaking yang difasikan oleh Setiausaha Nisa' Pusat, Kak Yder. Nampaknya, ramai AJK Nisa' Terengganu suka bermain congkak.

Selesai ice-breaking yang berlangsung dalam suasana ceria dan mesra, Kak Mastura Mohamad, Pengarah Nisa' Pusat memulakan sesi Heart to Heart dengan memberi penerangan konsep Nisa', diselangi dengan video-video. Sesi Q & A juga dibuka bagi menyelesaikan persoalan dari peringkat kawasan ke peringkat negeri.





Program selesai pada jam 5 petang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah dan Setiausaha Nisa' Pusat kerana melapangkan masa untuk memberi kefahaman kepada AJK Nisa' Terengganu yang masih perlu dipimpin untuk bersama-sama menggerakkan remaja dan golongan wanita bersama-sama dengan menjadikan akhlak mulia sebagai pakaian.

0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB