Wednesday, July 8, 2009
Arak jadi minuman kebanggaan...
Ditulis oleh
Nisa' News Network
at 8:34 AM
Video ini adalah sebagai pengajaran kepada semua perempuan/muslimah/Nisa', sebagai sesuatu perkara yang kita perlu fikirkan dan bertindak dengan realistik. Bagaimana anak-anak gadis kita 5 tahun akan datang? Ini sememangnya berlaku di Terengganu, berdasarkan loghat mereka yang terlibat... ASTAGHFIRULLAH 'ALAZIM...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)














9 komen diterima:
saya copy n paste ke blog saya..
http://pemudapaka.blogspot.com/
terima kasih....
silakan...
ni belum bantuk kerajaan perpaduan, kalau dah bentuk mau lebih kemajuan dari ni...????
Persoalannya... bagaimana mahu mendekati golongan sebegini? Adakah hanya mampu dibiarkan? Atau mungkin mendekati dunia mereka sehampir2nya, dan menyelitkan pengajaran? Kerana dengan teguran agak sukar berkesan, bertentangan dengan jiwa egois mereka.. Saya cakap mungkin senang, tapi sukar dipraktikkan. Bimbang dengan kemampuan + ketahanan diri sendiri juga.. Apa yang termampu, hanya kasih sayang setulusnya dalam pergaulan dengan mereka (mungkin hanya kadang2), diiringi do'a kepada yang Maha Esa.. Mampukah kita?
Assalammualaikum.
Saya melayari pautan http://tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=1125 dan meninggalkan komen berikut:
Salam,
1. Saya memohon maaf kepada Nisa Terengganu sekiranya penyiaran semula artikel ini dengan tajuk berbeza telah mendatangkan tanggapan negatif kepada blog berkenaan.
2. Tidak ada dizahirkan di mana-mana bahagian dalam artikel tersebut bahawa Blog Nisa Terengganu menyatakan bahawa menangun2 yang minum arak tersebut adalah ahli2 Puteri Umno Terengganu.
3. Saya telah membuat semakan dengan Pejabat S/u Agong Umno, dan mereka boleh sahkan 3 daripada mereka adalah ahli Puteri Terengganu.
4. Agar mereka tidak dirembat oleh mak bapak, untuk menjaga maruah mak bapak mereka, saya tidak menyiarkan butir peribadi mereka untuk tontonan umum.
5. Soal fitnah, saya ada maklumat dan saya boleh dapat maklumat dari Pejabat SU Agong Umno. Kenapa ahli2 umno yang mengunjungi blog ini terlampau cikai, member2 sendiri pun tak kenal? Perlukah saya tolong kerana anda terlalu hampas?
6. Nak report? Bukan kerja saya. Pergi mamposlah dengan ahli2 Puteri Umno. Apa saya nak sibuk2.
7. Terima kasih!
Saya memohon maaf atas segala kepayahan yang ditanggung oleh blog Nisa T'ganu atas buruk kelaku saya ini.
Wassalam.
sedey ar gini... nape niat asal blog nisa' telah disalah panjangkan oleh 'pejuang pas'. tanak cakap panjang.. cuma nak cakap, kecewa dan sedih.. seeedih sangat... benarlah kata2 hikmah, (maaf lupa sumbernya hadis ke pe), "orang yg bijak, lidahnya di belakang hati, bukan di depan hati"... fikirlah terlebih dahulu, apa baiknya mengata camtu ke pihak lawan di dalam sumber terbuka begitu, dan berlabelkan PAS. Menyembunyikan aib orang, mudah2an Allah menyembunyikan aib kita kelak.. Maksud hadis sebenarnya tu.. Lain la, kalau video tu terang2 tunjuk bapak pemimpin dia, yang teguk arak.. Ada la jugak faedahnya.. MAafkan saya, terlanjur panjang pulak komen kat sini.. 'Asif katsier..
Anak Bulan,
Kami tak marah pun...
Tahniah atas usaha enta bagi memastikan "anak siapa" yang merosakkan nama Islam tu.
Andai kata benarlah mereka Puteri UMNO, memang itu satu isu yang boleh dimainkan. Kami doakan agar mereka yang terlibat diberikan hidayah. Penyiaran video ini pula satu pengajaran buat anak-anak gadis kita.
Prinsip Nisa' ialah dakwah bil hikmah dan kasih sayang. Kami elakkan sebarang unsur pertelingkahan dan kekasaran.
Kami ada brand yang perlu dibawa untuk menarik golongan remaja dan wanita selaras seperti yang telah dipersetujui oleh jemaah.
Semoga selepas ini, tak ada lagi yang marah atau silap sangka pada kami dan tak ada lagi yang marah-marah pada enta khususnya dan pejuang Islam umumnya. Elakkan pertelingkahan sesama kita juga.
Huhu...
Wassalam...
Nisa' News Network.
Nisa' Negeri Terengganu
assalamualaikum wrt..
maafkan saya.. bukan niat saya untuk memarahi, atau merendahkan usaha perjuangan bulanpenuh.. saya kurang pasti, tapi saya menafsirkan sebelum ini, yang bulanpenuh ialah orang yg bertanggungjawab 'menjaja' kata nama 'puteri umno' sebagai peminum arak itu.. oleh itu, komen saya sebelum ini, hanya berniat untuk membetulkan akhlaq seorang da'ie.. walaupun saya sendiri tidak pasti, samada da'ie atau pejuang islam yang lebih digemari oleh bulanpenuh sebagai panggilan dirinya.
Namun, apa yang pasti, betulkan niat kita terlebih dahulu, iaitu untuk meninggikan hukum Allah, bukannya untuk menjatuhkan pihak lawan, dan boooo, dan sebagainya..
Apa pentingkah untuk kita memberitahu, mencanangkan identiti "puteri umno" sebagai peminum2 arak itu.. Adakah dengan mencanangkan sedemikian, maka berubahlah hati ahli-ahli UMNO yang lain, mahupun pengundi atas pagar? Mahukah kita sesekali duduk di dalam kasut ahli UMNO, dan membayangkan kita yang masih belum maklum akan yg haq ini, melihat jenama puteri UMNO dicerca2 begitu? MAhukah kita terus percaya, tanpa usul periksa? Jika telah usul periksa sekalipun, dan kita kenal kawan yang minum arak tu, apa gunanya? Sbb kita sudah maklum, akan akhlaqnya yang kurang bagus. Adakah UMNO yang terang2, directly mengajar untuk minum arak? Bagi saya, tidak begitu.. Tapi mungkin boleh disabitkan dengan bi'ah tak berapa solehah akibat pemerintahan tak berlunaskan Islam..
Maksud saya yang sebenarnya, usahlah dipandang peminum2 arak tu sebagai Puteri UMNO, walaupun mungkin ada benarnya fakta itu di sebalik ini. Kerana mereka juga sasaran dakwah kita.. Kenapa kita tidak tegar memikirkan pendekatan berhikmah dalam menangani hal ini.. Sedangkan Nabi S.A.W sendiripun, dalam ketegasan baginda, tetap ada nilai kemanusiaan, bertindak secara berakhlaq dan berhikmah..
Kita tidak tahu nasib kita bagaimana di penghujung hayat nanti.. Kerana hidayah itu, milik Tuhan, bukan milik mutlak kita.. Siapa tahu, siapa sangka, kalau orang yang kita caci hari ini, dikurniakan hidayah olehNya, selepas ini, dan mungkin menjadi lebih Islamik, dengan nilai kemanusiaan daripada kita..
Maafkan saya.. Beribu2 kemaafan dipinta kerana menjadikan blog Nisa sebagai sasaran meluahkan apa yang terbuku di hati.. Apa yang saya hargai daripada sirah Baginda S.A.W, baginda bijak memainkan psikologi ke atas sasaran dakwah mahupun terang2an sebagai pihak lawan.
Semangat yang berkobar2 semata2, tidak ke mana sahabat2ku sekalian.. Kerana Islam itu mengutamakan aqidah, syarikat dan AKHLAQ. Tanpa salah satu daripadanya, pincanglah agama.
Maaf andai ada kelemahan, kekurangan, atau menimbulkan provokasi kepada pejuang2 Islam. Kerana kelemahan itu datangnya daripada saya, hamba yang lemah. Nilailah sesuatu kepada niatnya.. Wallahu 'Alam..
Assalamualaikum wmwb,
Saya doakan mudah-mudaha Nisa Terengganu proaktif dlm menangani gejala minum arak oleh awek ganu.
Jumpalah mereka tarbiahlah mereka, jgn biarkan mereka digomoli oleh puak kufur yg sentiasa ingin murtadkan mereka dan kemudian terddah dgn seks bebas
Post a Comment